10
Jun
09

Visi dan Pemimpin

Salam Samurai,

Agak lama juga aku tidak menulis di sini ya?! Kesibukkan mungkin atau keserabutan? Aku merasakan aku lebih keserabutan berbanding kesibukkan. Banyak perkara di kepala, tetapi banyak jugak yang tidak dapat diselesaikan. Pendek kata tanggungjawab banyak, penyelesaian tiada! Adus-

InsyaAllah, sabtu dan ahad ini aku sekali lagi akan ke Kuala Lumpur. Dengan misi yang besar, sekaligus menambahkan lagi keserabutan di kepala. Amanah kadang-kadang boleh dikategori sebagai stress mungkin.

InsyaAllah, pada bulan depan aku akan diberikan satu lagi jawatan dari Allah S.W.T. Alhamdullilah, kegembiraan itu ada, tetapi aku benar-benar dalam kegusaran untuk berhadapan dengan-nya. Aku masih tidak sedap hati, bagaimana untuk aku bergelar sebagai seorang ayah. Untuk menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab, Ya Allah hanya Engkau yang tahu. Hidup berdua pun sudah macam tidak terurus, sekarang sudah masuk yang ketiga. Dengan keadaan tahun hadapan isteri-ku bakal kembali bekerja di hospital. Semakin tertekan perasaan aku untuk berhadapan dengan semua ini.

Mungkin aku perlu banyak belajar dari Dato Seri Najib, seperti kata isterinya Rosmah cute;

“Saya tidak pernah tengok orang sabar macam dia. Jadi saya harap semua suami akan ikut perangai Najib. Insya-Allah rumah tangga akan bahagia.”

Alang-alang kita berbicara berkenaan pemimpin, aku ingin menulis sedikit berkenaan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin. Mungkin aku tidak layak bercerita soal itu, siapalah aku! Tetapi, aku ingin berkongsi sedikit perkaitan ciri-ciri pemimpin dalam dunia research aku sekarang.

Antara sifat yang perlu kepada seorang pemimpin ialah mempunyai visi yang jelas. Bagi aku itu adalah sifat yang paling utama perlu dimiliki oleh seorang pemimpin. Aku juga cuba berfikiran jauh berkenaan teori Kerajaan Perpaduan atau Unity Goverment yang diwawarkan oleh Tuan Presiden Tuan Guru Haji Hadi kita. Mungkin hari ini aku tidak dapat berbicara soal itu kerana aku sendiri kekurangan maklumat berkenaannya.

Bila kita berkata berkenaan vision/visi, ia berkait rapat dengan penglihatan. Sekarang sibuk membuat kajian berkenaan machine vision, teknologi yang menggunakan camera yang mirip konsepnya dengan mata untuk dijadikan alat petunjuk kepada robot. Agak mencabar, tetapi masih slow and steady.

Saya tidak pasti adakah kita sudah biasa dengan konsep mata, yang pastinya disebalik penglihatan manusia itu mempunyai banyak perkara yang boleh dikaji berkenaan kehebatan ciptaan Allah S.W.T.

Sebenarnya mata kita melihat dalam ruangan yang luas. Cuba sahabat-sahabat memandang ke kawasan yang luas, banyak objek yang sahabat dapat perhatikan. Hebat bukan, tetapi sedarkah kawan-kawan bahawa kita tidak fokus kepada semua benda yang kita lihat walaupun kita melihat macam objek didepan sana.

Oleh itu saya membuat kesimpulan, sifat seorang pemimpin yang mempunyai vision/visi perlu kepada pandangan yang luas kehadapan. Melihat semua perkara sebelum…

Seterusnya, selepas kita melihat secara meluas, seorang pemimpin itu perlu kepada fokus setiap perkara yang ia lihat. Dengan cara itu barulah kita mampu memperincikan masalah dan penyelesaian.

Sekarang saya ingin mengajak sahabat-sahabat semua perhatikan dihadapan, sedarkan saudara bahawa saudara semua sedang fokus kepada satu objek dan saudara tidak mampu untuk menfokus kepada semua objek walaupun suadara dapat melihat banyak benda. Itulah yang ingin saya bicarakan pada perenggan diatas. Dalam kita melaksanakan dakwah, tidak boleh kita mahu buat semua benda dalam satu masa. Dan kita juga tidak boleh mudah untuk terkejar dalam mendapatkan sesuatu hasil. Fokus satu-satu, serta buat pilihan yang tepat pada perkara yang perlu didahului. “Put First Thing First!”

Begitulah perjalanan hidup seorang pemimpin, beliau perlu melihat semua perkara. Seterusnya beliau perlu menyelesaikan satu-satu bagi menjayakan misi sebuah organisasi atau parti. Sekian.


0 Responses to “Visi dan Pemimpin”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
June 2009
S S M T W T F
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: