01
Jul
09

pakatan rakyat itu longgar

Salam Samurai,

Alhamdullilah, aku dapat kembali menulis di ruangan comot ini. Memohon kemaafan jika ada penjenguk yang bosan melihat ruangan ini tidak terupdate.

Aku sedikit kesibukkan bulan ini, kerana telah mula kemasukkan pelajar-pelajar baru. Banyak modul-modul yang perlu aku siapkan, disertakan juga dengan kesibukkan aku menyelesaikan research. Alhamdullilah kesibukkan ini membuat hidup aku lebih bermakna.

Sekarang aku masih menunggu kehadiran orang ketiga dalam keluarga kami. Semoga selamat semua. Doa kawan-kawan amat aku hargai. Aku demam selama 2 hari selepas melaksanakan program sukan PASTI kawasan Kangar. Hari ini pun belum sihat sepenuhnya. Sementara menunggu waktu berusrah Isyak nanti, aku mengambil kesempatan ini untuk menulis.

Aku harapkan penulisan kali ini lebih kepada warming up setelah kian lama kita tidak bercerita panjang.

DAP Kedah

Baru sahaja selesai isu Unity Goverment, timbul pula DAP Kedah keluar dari Pakatan Rakyat. Alhamdullilah, bersyukur aku panjatkan. Apa yang perlu berlaku telah berlaku.

Pada pandangan aku PAKATAN RAKYAT adalah satu ikatan yang amat longgar sebenarnya. Tiada sebarang ikatan yang kukuh sekukuh ikatan aqidah. Aku lebih suka jika PAS bersikap terbuka dalam soal perbincangan atau duduk semeja. Ikut suka kita la nak berkawan dengan siapa pun, selagi mana perkara itu tidak merosakkan umat.

Malangnya, ramai yang meletakkan ikatan PAKATAN RAKYAT adalah suatu perkara yang perlu dipertahankan sampai bila-bila. Sepengetahuan aku, PAKATAN RAKYAT adalah salah satu dasar Islam yang bergabung untuk kebaikkan Islam dan umatnya. Jika kesannya bahaya pada ummah, maka perlu dilepaskan ikatan tersebut. Aqidah PKR, DAP dan UMNO ni lebih kurang sama sahaja. Masing-masing ada baik dan buruknya. Yang terbaik dan paling baik pada pandangan aku adalah mereka yang berpengang dengan Quran dan Sunnah.

Nah! Sekarang lihatlah apa yang telah berlaku di Kedah, masing-masing menunjukkan kehebatan masing-masing. Aku tidak bercadang untuk komen lebih-lebih kerana aku belum tahu kisah sebenarnya. Yang penting perbincangan, dan pergabungan dengan mana-mana pihak untuk kebaikan Islam mesti diteruskan tanpa mengira siapa dia!

Taniah Tok Guru Haji Hadi atas lontaran idea Unity Goverment. Gua Sokong Tok Guru!


0 Responses to “pakatan rakyat itu longgar”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
July 2009
S S M T W T F
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: