27
Jul
09

abu harith

Salam Samurai,

Sudah sekian lama aku tidak mengupdate blog ini. Kadang-kadang terasa untuk terus meninggalkan dunia blog kerana sikap aku yang tidak istiqamah. Apa gunanya sebuah blog, jika tidak di update rencananya. Maafkan aku pembaca sekalian.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, aku telah dianugerahkan seorang anak putera yang diberi nama “Muhammad Harith” atas pilihan kami berdua suami isteri. Kiranya sekarang sudah boleh bergelar “Abu Harith” & “Ummu Harith”.

Muhammad Harith dilahirkan pada Jumaat 17 Rejab 1430 A.H bersamaan 10/07/2009 pada pukul 13:13 petang. Alhamdullilah, Muhammad Harith dilahirkan dalam keadaan selamat dan sihat sejahtera. Kegembiraan aku dan zaujah hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga ia memberi kekuatan yang lebih kepada kami berdua untuk terus memperhambakan diri kepada Allah S.W.T.

Alhamdullilah, aku turut serta dalam perjalanan Ummu Harith melahirkan anak kami. Betapa sukar dan payahnya seorang ibu melahirkan seorang anak dapat aku ketahui pada detik itu. “Maafkan aku ibu, jika diri ini sering menguris hati yang telah bersusah payah mengandung dan melahirkan aku ke dunia fana ini.”

Aku memilih nama Muhammad Harith untuk anak sulung kami kerana telah jatuh cinta setelah membaca satu hadith Nabi Muhammad S.A.W;

“Nama yang paling benar ialah Harith dan Hammam”.

(Sunan Abi Daud 4952, Musnad Ahmad 19032).

Harith bermaksud kuat dan berusaha. Dalam bahasa Jepunnya bermaksud “GANBARU”. Sepastinya aku memilih Muhammad kerana ia adalah nama seorang nabi yang amat aku cintai, semoga anak ini dapat mencontohi dan mewarisi keperibadian yang ada pada Rasullulah S.A.W. Muhammad juga bermaksud yang terpuji, dan yang dihormati. “Ya Allah, berikan lah kami keberkatan hidup dengan lahirnya seorang putera dalam keluarga kami.”

Begitulah perjalanan dan penantian kami berdua bagi kelahiran seorang putera yang kami sayangi.

Perkongsian

Hari Sabtu (25/07/2009) yang lepas, aku telah dijemput oleh sekumpulan pelajar untuk membincangkan tajuk ” Ciri-ciri Nuqaba’ Cemerlang”. Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan baik. Dengan kehadiran mencecah 80 orang, membuat aku sedikit gementar.

Ingin aku kongsikan di sini beberapa point utama yang aku kemukakan dalam kuliah tersebut;

1. Menjadi seorang naqib/ah bukan sesuatu yang teoritikal, tetapi ia menuntut ilmu yang praktikal.
2. Perjalanan terlahirnya naqib/ah yang cemerlang adalah melalui pengalaman yang luas, bukan sekadar pembacaan yang banyak.
3. Sifat seorang naqib/ah bukanlah directive (mengarah) tetapi enabling (membolehkan).
4. Kecemerlangan naqib/ah lahir dari “burning desire” yang tinggi dan menggunung.

Semoga syabab dan akhwat sekalian berjaya dalam memantapkan sistem usrah sebagai medium utama bagi melahirkan kader yang cemerlang. Sekian.


7 Responses to “abu harith”


  1. 1 ~sya
    tham31000000Mon, 27 Jul 2009 06:08:29 +000027am09, J0000007 9, 2007 at 15:50 +00:00Jul

    Salam… jiji.. tahniah buat jiji n zaujah.. moga jadi ayah dan ibu yg dpt mendidik permata hati ke jalan yg diredhai Allah.. tahniah skali lg..

  2. 2 nothing special
    tham31000000Mon, 27 Jul 2009 07:54:24 +000027am09, J0000007 9, 2007 at 15:50 +00:00Jul

    assalamualaikum…

    alfun mabruk atas kelahiran muhammad harith.semoga ia menjadi pewaris kepada perjuangan ini..
    menjadi penyejuk kepada ayah bondanya..

  3. thpm31000000Mon, 27 Jul 2009 14:20:51 +000027pm09, J0000007 9, 2007 at 15:50 +00:00Jul

    Assalamualaikum wbt

    Mabruk ya akhi.Berita besar dan sangat gembira.Semoga dengan kelahiran permata hati, Muhammad Harith B. Mohd Saifizi, moga-moga Abu Harith dan Ummu Harith akan lebih bahagia dan dekat denganNya ,insyaAllah.

    Hantarkan beberapa gambar kecil buat kami,insyaAllah ramai yang akan menanti dengan tangan terbuka.

    Semoga menjadi anak yang soleh dan bakal lahir lagi anak-anak yang soleh dan solehah.InsyaAllah.

    Salam perjuangan.

  4. 4 nbo_3
    thpm31000000Mon, 27 Jul 2009 15:09:43 +000027pm09, J0000007 9, 2007 at 15:50 +00:00Jul

    Takpa gg. Sebulan update dua kali gurai pun jadi.

    Tahniah di atas pertambahan rekrut.

  5. 5 mehmed_amirul_3年生の電気電子工学科。
    tham31000000Tue, 28 Jul 2009 03:15:49 +000028am09, J0000007 9, 2007 at 15:50 +00:00Jul

    nnti boley mntak tunjuk ajar..
    よろしくお願いします。 =)

  6. tham31000000Tue, 28 Jul 2009 03:26:26 +000028am09, J0000007 9, 2007 at 15:50 +00:00Jul

    Tahniah gg dan zaujah. Semoga Allah rahmati dan berkati gg sekeluarga. gambar baby takde ke??

  7. 7 samuraisyahid
    tham31000000Tue, 28 Jul 2009 03:31:20 +000028am09, J0000007 9, 2007 at 15:50 +00:00Jul

    Salam Samurai,

    Jzkh kerana keperhatinan antum. Doakan kami di sini bahagia insyaAllah. Akan diusahakan gambar-gambar baby. Disebabkan masa agak terhad masih belum mampu nk loadkan dalam computer. Selalunya zaujah je dok buat kerja load gambar ini. InsyaAllah akan diusahakan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
July 2009
S S M T W T F
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: