28
Jul
09

Burning Desire

Salam Samurai,

Rupa-rupanya, bila sudah lama meninggalkan blog, keinginan untuk menulis itu semakin pudar. Oleh itu, aku cuba meningkatkan kembali semangat menulis walaupun kekeringan idea.

Aku ingin berkongsi sedikit ilmu melalui pembacaan aku pada minggu lepas. Alhamdullilah, minggu lepas aku berjaya menyelesaikan pembacaan dua buku iaitu;

1. 5 Tokoh Gerakan Islam Malaysia: Tulisan PAS Gombak
2. Jihad Politik dari Pandangan Said Hawa: Tulisan Ustaz Muhammad Pisol

Maafkan aku jika maklumat buku itu tidak tepat dari segi tajuk dan pengarangnya. Dalam dunia pembacaan, aku amat mengemari penulisan berat yang membuat aku banyak berfikir ketika membaca. Dan aku amat meminati penulisan sejarah, tidak kira dari dunia Islam atau barat.

Secara terus terang aku katakan, aku kurang minat dengan penulisan perjalanan kehidupan tokoh. Maaf bagi mereka yang meminatinya. Pada pandangan aku, penulisan berkenaan tokoh selalu mempunyai susunan perjalanan yang sama.

Berbeza dengan buku 5 Tokoh Gerakan Islam Malaysia ini, aku membacanya kerana untuk mengetahui perjalanan perjuangan Gerakan Islam di Malaysia khususnya disamping mengkaji cara pemikiran mereka dalam menerajui perjalanan kemerdekaan di Malaysia.

Apa yang menarik dapat aku kongsikan dalam pembacaan tersebut ialah 3-4 tokoh pertama gerakan Islam seperti Ustaz Abu Bakar al Bakir, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, dan Prof. Zulkifli Muhammad adalah berkenaan “burning desire” yang mereka miliki. Dari pembacaan tersebut, aku tidak merasakan mereka lahir dari satu sistem pentarbiyyahan yang tersusun seperti sekarang. Maksud aku dari satu sistem pentarbiyyah haraki yang kemas. Namun begitu, keinginan membara mampu membuat mereka berjuang habis-habisan demi kebaikan agama dan negara. Amat berbeza dengan kita sekarang, walaupun melalui satu sistem tarbiyyah yang tersusun hasilnya masih tidak semaksimum yang jemaah kehendaki. Fikiran aku melayang-layang cuba membuat kesimpulan. Oleh itu aku membuat penilaian bahawa keinginan yang membakar itulah kekuatan kepada kejayaan mereka. Keizzahan yang wujud dalam diri mereka, memberi satu lonjakkan semangat untuk mereka berjuang habis-habisan.

Satu lagi perkara menarik yang aku perolehi ialah “Burning Desire” yang wujud itu membuat mereka begitu bersungguh-sungguh membina kepimpinan diri. Mereka tidak bersahaja dalam berjuang, tetapi mereka mempelajari pelbagai ilmu Islam dan barat bagi menerajui perjuangan ini. Yang amat menarik adalah kepimpinan yang ada pada diri Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Sesuai dengan gelaran “al-Baqir” iaitu bijak, beliau begitu hebat dalam memimpin jemaah. Organisasi-organisasi seperti MATA, Lepir, Pertubuhan Ekonomi Islam yang beliau tubuhkan untuk memantap jemaah membuat aku teruja. Seolah-olah beliau banyak menghadiri kursus kepimpinan dan pengurusan.

Begitu juga kehebatan Dr Burhanuddin Al-Helmi dan Prof Zulkifli Muhamad, beliau sedaya upaya menguasai pelbagai bidang ilmu bagi menerajui perjuangan ini. Dari segi penguasaan beliau dalam bahasa dan ilmu barat membuat aku begitu mengkagumi beliau. Walaupun kita sibuk dalam merencanakan perjuangan, kita tidak boleh gagal dalam membuat persediaan dari segala cabang ilmu bagi pembentukkan diri amiliin. Kita perlu menguasai dan menghadamnya sebaik mungkin ilmu-ilmu penting untuk menjadikan kita pejuang yang hebat. Sama-samalah kita usahakan supaya tidak terlahir lagi “Jaguh Kampung” yang perhebahkan hari ini. Yang gagal bukan kerana jemaah, tetapi individu yang ada dalam jemaah. Mahasiswa seharusnya mengambil tanggungjawab dengan statement yang telah lontarkan oleh sesetengah pihak kepada kita. Contoh amilin jemaah yang ada seperti 5 Tokoh Gerakan Islam Malaysia itu telah membuktikan Jemaah tidak bersalah dalam melahirkan “Jaguh Kampung”.

Aku melihat setiap mahasiswa perlu membaca buku 5 Tokoh Gerakan Islam ini supaya mereka dapat menjadikan tokoh ini sebagai contoh bagi menyediakan diri mereka semasa di alam university. Kita tidak mahu pelajar university yang bakal turun ke tapak perjuangan ketandusan ilmu kepimpinan dan idealisma. University adalah tempat untuk kita memperkemaskan ilmu-ilmu perjuangan, kita perlu sentiasa bertanya dengan amilin-amilin jemaah berkenaan keperluan yang perlu mereka sediakan untuk turun ke medan perjuangan.

Sekali lagi aku tegaskan, lahirnya pejuang atau amilin jemaah yang berkualiti tidak terletakkan kepada kefahaman berkenaan nas kewajipan bersama jemaah dan perjuangan semata-mata, tetapi ia tetap berbalik kepada “Burning Desire” yang memahami keperluan untuk kita bersama perjuangan.

Alhamdullilah, dari siri pembacaan aku kali ini aku telah mempelajari apa sebenarnya yang ada dalam jiwa manusia.

Sekian. Ikuti penulisan dari “Dunia Islam Sepanyol”. untuk siri akan datang.


0 Responses to “Burning Desire”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
July 2009
S S M T W T F
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: