05
Aug
09

Kerajaan Islam Sepanyol

Salam Samurai,

“Sebagai pemimpin, kita seharusnya sentiasa mendampingi buku. Kerana buku akan memperkembangkan lagi idealisma, seterusnya memperkemaskan lagi kefahaman kita dalam meneruskan perjuangan.” Begitulah siri-siri nasihat aku bila bersama mahasiswa. Aku tidak jemu menasihati mereka untuk mendampingi dunia ilmu, kerana ia akan melahirkan kepelbagaian ciri-ciri kepimpinan.

Minggu lepas aku ke Kuala Lumpur menghadiri satu kursus kepimpinan yang mana aku merasakan ia perlu dikongsikan kepada semua. Aku ingin berkongsi berkenaan “level of awareness”. Berikut adalah “Level of Awareness”;

1. Kita tidak tahu apa yang kita tidak tahu.
2. Kita tidak tahu apa yang kita tahu.
3. Kita tahu apa yang kita tidak tahu.
4. Kita tak nak tahu apa yang kita tahu.
5. Kita tahu apa yang kita tahu.

Tahap-tahap kesedaran ini perlu kita tingkatkan untuk menjadikan kita seorang yang sedar akan kemampuan diri dan akhirnya menembosi potensi diri. Antara perkara asas yang perlu kita kuasai adalah membaca bagi membuka benteng atau blok diri.

Alhamdullilah, sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur, aku tidak sia-siakan nya berlalu begitu sahaja. Aku berjaya habiskan pembacaan buku ” Kerajaan Islam Sepanyol” sepanjang perjalanan.

Peristiwa kebangkitan dan kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol banyak membuat aku mengangguk dan menggeleng kepala. Malah, ia membuat aku rasa begitu geram dan bertambah kemarahan dengan sikap orang Islam.

Kejayaan sebuah kerajaan Islam adalah bila mereka begitu sayang dan cintakan Jihad. Jihad bermaksud bersungguh-sungguh dalam melaksanakan satu-satu tugas. Kesungguhan untuk menundukkan manusia kepada kalimah Lailahaillalah menjadi penyebab dan pemangkin utama kejayaan perkembangan Islam ke seluruh dunia.

Aku amat tertarik dengan pesanan Tuan Guru Haji Hadi yang meminta kita kembali kepada track hidup kita yang sebenar pendek kata “stay the course”. Tuan Guru Haji Hadi memberitahu, tugas seorang manusia adalah mengajak manusia kepada kalimah tauhid iaitu kembali kepada Islam secara bersungguh-sungguh. Kehidupan kita bekerja, berniaga, cari makan, bertani adalah sampingan kepada penampungan hidup untuk meneruskan kehidupan bagi mengajak manusia kepada Allah.

Itulah yang aku dapat rasakan perjalanan hidup umat dahulu sehingga Islam berjaya dikembangkan ke seluruh sepanyol malah menghampiri sempadan Perancis dan Itali. Kekuatan Islam ini juga akhirnya menakutkan negara Eropah sehingga sentiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan Kerajaan Islam Sepanyol bagi menghalang perkembangan Islam ke Dunia Eropah.

Kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol

Kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol membuat aku lebih sensitif dengan segala isu yang berlaku dalam gerakan Islam Malaysia hari ini seperti PAS terutamanya. Malah aku lebih baran dan membakar bila ulasan-ulasan berkenaan kepimpinan diutarakan. Membuat aku duduk tidak senang, kerana sejarah seperti berulang kembali. Aku amat menyedari bahawa kejatuhan umat Islam Sepanyol dahulu bukan kerana tidak cintakan jihad tetapi unsur utama keruntuhan dan kerosakkan ini adalah SIKAP!

Sikap yang aku maksudkan ini ialah tidak cintakan Kesatuan dan Perpaduan. Dari itu juga, masalah keimanan dikalangan pemimpin tertinggi umat Islam juga tidak dapat kita abaikan sebagai penyebab kejatuhan kerajaan. Namun begitu, aku begitu serius memandang soal perpaduan.

Kehinaan yang amat besar menimpa umat Islam Sepanyol ketika itu adalah umat Islam lebih rela mendapatkan bantuan daripada kerajaan Kristian berbanding kerajaan Islam sekitar yang menawarkan pertolongan. Mereka lebih mempercayai golongan kafir berbanding umat Islam. Malah ada diantara mereka yang tidak mahu duduk semeja dengan pemimpin Islam lain untuk berbincang soal perpaduan dan kesatuan kerana takut berlaku perampasan kuasa ataupun penyebaran pengaruh. Tetapi mereka lebih rela untuk duduk semeja dengan kerajaan Kristian bagi melebarkan pengaruh dan lebih mempercayai orang-orang Kristian.

Aku begitu kehampaan dengan apa yang telah berlaku. Aku amat kepelikan apabila umat Islam lebih mempercayai orang yang beragama lain berbanding mereka yang seaqidah dengan mereka. Adakah ini yang dikatakan kedengkian!

Aku benar-benar ingin menyeru kepada ahli gerakan Islam untuk kembalikan kesatuan dalam Parti. Kuatkan dahulu ukhuwah diperingkat dalaman sebelum kita bercadang untuk membuka peluang kepada non-muslim bagi sama-sama memperjuangkan hak-hak Islam. Aku begitu kebimbangan sejarah akan berulang dalam parti-parti gerakan Islam atas keterlaluan mempercayai rakan-rakan kita berbanding ahli dan kepimpinan kita sendiri. Selagi kita tidak utuh dalam kesatuan keahlian parti terutamanya peringkat kepimpinan, jangan sesekali kita bergerak mencari atau mempercayai teman lain yang tidak seaqidah dengan kita. Kuatkan ukhuwah kesatuan kita terlebih dahulu supaya kita tidak mudah dirempuh dengan pelbagaian fikrah dan kefahaman luar dalam menerusi perjuangan ini. Akhir sekali aku membuat kesimpulan, kekuatan umat Islam adalah serta Keimanan yang Tinggi, Cintakan Jihad, Ikatan Ukhuwah yang Utuh.

Sekian.


0 Responses to “Kerajaan Islam Sepanyol”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
August 2009
S S M T W T F
« Jul   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: