08
Jan
10

jiwa pendidik

Salam Samurai,

Aku cuba menjadikan dunia penulisan sebagai minat dan hobi. Namun begitu aku tidak mampu untuk istiqamah seperti penulis-penulis lain yang berjaya. Alhamdullilah, keinginan untuk menulis terus kekal dalam jiwa aku. Semoga inspirasi ini akan mengekalkan aku dalam dunia penulisan yang tidak seberapa ini.

Hari ini aku terlalu gembira, gembira yang tidak tahu dari mana datangnya. Sepanjang hidup aku di alam persekolah dan university, aku tidak pernah untuk bercita-cita menjadi seorang pendidik secara formal. Namun, aku ditakdirkan dalam dunia pendidikan. Alhamdullilah, menjadi pendidik sememangnya menetapi jiwa aku. Mungkin jemaah yang banyak mendidik untuk aku mempunyai jiwa seorang pendidik. Dalam alam dakwah, jiwa pendidik itu amat penting bagi merealisasikan dakwah ini.

Pada semeter yang lepas, aku diberi tugasan untuk membimbing pelajar dalam semestral projek atau maksud mudahnya projek pelajar akhir sebelum meninggalkan university. Aku ditakdirkan untuk membimbing pelajar berbangsa cina. Alhamdullilah, mereka semua telah berjaya menyiapkan projek masing-masing dengan baik sekali.

Perkara yang cukup menggembirakan adalah apabila aku menerima panggilan dari pelajar tersebut yang sedang mengikuti Latihan Industri di Subang Jaya. Semasa aku termenung di dalam masjid sementara menunggu ketibaan Imam dan Bilal memulakan khutubah, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Terus aku “off”kan handset supaya tidak mengganggu suasana masjid. Tidak aku sangka waktu orang nak start Jumaat ada orang telefon. “Patut la.. pelajar semestral projek aku rupanya.” Bisik hati aku.

Aku mula berfikir, ada masalah apa pula ni! Sudah menjadi kebiasaan apabila pelajar telefon pensyarah, mesti ada masalah yang perlu ditolong. Selepas sahaja makan tengah hari aku telefon kembali pelajar tersebut dengan nada ingin membantu. ” Ada apa ye telefon saya?” saya memulakan bicara. ” Encik sibuk ke?” katanya bersopan. Boleh dikira sudah dua kali dia telefon aku diwaktu solat Jumaat, memang tak One Malaysia betul. ” Saya ikuti solat Jumaat tadi, so tidak boleh angkat telefon. Sekarang ok sahaja untuk bercakap.” kata saya.

Cukup menggembirakan aku apabila dia menjawab “saja telefon encik, sebab sudah lama tak bercakap dengan encik”. Aku tidak terkata apa-apa, yang pasti hati ini cukup gembira bila seoang pelajar cina yang berlainan bangsa mengambil tahu tentang aku. Kegembiraan yang tidak dapat aku lafazkan kepuasannya. Ini lah yang aku cari sepanjang menjadi pendidik, tidak mengira mengajar mereka dunia ataupun akhirat. Aku cuba bersungguh untuk memberi yang terbaik dalam membimbing. Mungkin ini adalah hadiah dari tuhan sebagai semangat untuk aku terus menjadi seorang pendidik dunia akhirat insyaAllah.

“Macam mana result semester projek kamu?” aku cuba memulakan kembali perbualan. ” Saya dapat A encik, encik banyak tolong saya.” Aku hanya tersenyum dengan tanda syukur kepada Allah atas segala inspirasi yang diberi.


1 Response to “jiwa pendidik”



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
January 2010
S S M T W T F
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: