05
Feb
10

Dakwah: Daie Hebat

Salam Samurai,

Aku terfikir ingin berkongsi sifat-sifat perlu ada pada pendakwah/pemimpin yang hebat dalam mengharungi perjuangan suci ini. Antara ciri-ciri pendakwah yang hebat ialah;

1. Alim
“Dan contoh-contoh itu Kami (Allah) bawakan kepada manusia dan tidak (ada orang yang) mengetahuinya melainkan orang-orang alim” (Surah al-Ankabut: 43)

Alim itu perkara yang boleh diajar dan belajar. Mereka yang bersemangat mencari ilmu adalah antara ciri-ciri pendakwah yang hebat. Mereka mendalami ilmu bagi menyampaikan risalah Islam. Malah ilmu Islam itu luas. Pelbagai bidang ilmu perlu dikuasai oleh para daie, antara ilmu yang perlu dikuasai oleh para daie pada padangan Tuan Guru Yusof Al-Qardhawi dalam bukunya kritikan dan nasihat buat daie ialah;
a. Ilmu Quran
b. Ilmu Hadith
c. Ilmu Sejarah- sejarah Dunia, sejarah Islam, mahupun sejarah Barat
d. Ilmu Manusia seperti ilmu akhlak, ilmu kebudayaan atau kemasyarakatan (mukadimah Ibn Khaldun), ilmu falsafah (pemikiran/aqal), dan ilmu jiwa
e. Ilmu Kesusteraan/bahasa
f. Ilmu Pendidikan- kaedah mendidik manusia

2. Bijaksana (hikmah)
Seterusnya, sifat pendakwah itu tidak boleh lari daripada mempunyai kebijaksanaan. Segala tindakan dilihat dengan teliti antara pro dan kontra.

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl, ayat 125)

Menurut Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa seorang pendakwah akan menghadapi tiga jenis manusia;
a. Golongan cendekiawan yang dapat berfikir secara kritis dan mendalam, cepat dapat menangkap sesuatu persoalan- Mereka ini harus didakwah dengan berhikmah, iaitu dengan alasan, dalil dan hujah yang dapat diterima oleh kekuatan akal mereka.
b. Golongan orang awam yang kebanyakkannya belum dapat berfikir secara kritis, belum dapat menangkap pengertian yang tinggi-tinggi- Mereka hendaklah didakwah dengan nasihat dan pengajaran yang baik iaitu melalui pendidikan yang baik dan mudah difahami.
c. Golongan yang tingkat kecerdasannya diantara yang tersebut diatas- Mereka ini hendaklah didakwah dengan bertukar-tukar pandangan dan fikiran yang boleh mendorong untuk berfikir secara sihat dalam mencari kebenaran.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “ Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing” (riwayat Muslim)

Nabi S.A.W antara mereka yang bijaksana. Nabi melihat masa hadapan dalam segala keputusanya. Antara peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan Rasulullah S.A.W ialah sewaktu perjanjian hudaibiyyah, peperangan uhud dan peristiwa hijrah. Segala keputusan Rasulullah mempunyai pertimbangan yang jauh kehadapan. Bagi aku hikmah adalah sesuatu anugerah yang tidak dimiliki oleh semua orang. Begitu juga para Nabi dianugerahkan oleh Allah dengan HIKMAH.

“Dia (Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa diberi hikmah, maka sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan yang amat besar. ” (al-Baqarah, ayat 269)

3. Kuat dan Amanah
Selain itu, seorang pemimpin dan pendakwah seharusnya mempunyai skill dan kekuatan tersendiri dalam merencakan dakwah mereka. Mereka seharusnya mempunyai penguasaan tertentu yang membolehkan mereka untuk menerajui perjuangan ini. Seterusnya mereka seharusnya mempunyai sikap amanah yang tinggi.

Lafaz-lafaz baiah adalah kekuatan untuk menginspirasikan diri kita bagi merealisasikan amanah perjuangan yang tertanggung. Hanya dengan sifat amanah yang ada dalam diri membuat kita akan bersungguh dalam segala tanggungjawab dakwah yang diberikan.

“Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”. (Surah al-Qasas: 26)

Wallahualam, semoga ia memberi manfaat kepada semua. Sekian.


0 Responses to “Dakwah: Daie Hebat”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
February 2010
S S M T W T F
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: