01
Mar
10

Program Motivasi Remaja

Salam Samurai,

Alhamdullilah, semalam kami telah berjaya mengadakan program “Program Motivasi Remaja Siri-1” bagi kawasan Padang Besar. Ucapan taniah kepada Pemuda PAS kawasan Padang Besar kerana berjaya menjadi kawasan pertama merealisasikan cita-cita Jabatan Pembangunan Remaja Dewan Pemuda PAS negeri Perlis untuk menjayakan “Tarbiyyah Sistematik Pembangunan Remaja” negeri Perlis. Program “Motivasi Remaja Cemerlang” anjuran Dewan Pemuda PAS negeri Perlis bertujuan memperkemaskan program tarbiyyah dikalangan remaja yang lebih sistematik, berterusan dan efektif melalui program yang bermodul.

Program tersebut tergantung pada 4 kekuatan;
1. Ice Breaking
2. Modul Remaja Muslim
3. Modul Habit Remaja Efektif
4. Latihan Dalam Kumpulan

“Modul Remaja Muslim” dibentangkan oleh saudara Mohd Fallah Azizan manakala aku membentangkan tajuk “Modul Habit Remaja Efektif”. Walaupun sambutan buat kali pertama kami mengalami sedikit kegagalan kerana kehadiran yang agak sedikit seramai 12 orang, komen dari peserta banyak memberangsangkan kami untuk meneruskan pada sesi bulan 3-4. Mungkin kesilapan teknikal untuk “follow up” para peserta menemukan kekurangan dari segi kehadiran. InsyaAllah, kita akan cuba memastikan program tersebut tidak menemukan kegagalan bagi kawasan Kangar. Pemuda Kangar “Please Take Action!”. Aku dan timbalan pengarah akan sedaya upaya untuk memastikan kawasan Kangar mencapai target yang diimpikan.

“Modul Habit Remaja Efektif” adalah bersumberkan rujukan “7 Habits of Highly Effective Teenagers Personal Workbook” tulisan Sean Covey manakala “Modul Remaja Muslim” bersumberkan rujukan “Apa Erti Menganut Agama islam” tulisan Tuan Guru Fathi Yakan. Aku cuba untuk menghuraikan “point-point” penting bagi “Modul Habit Remaja Efektif” siri-1.

Modul Habit Remaja Efektif

Siri pertama “Modul Habit Remaja Efektif” lebih menekankan fondisi perubahan sikap yang perlu diketahui oleh remaja muslim. Program kali ini amat menekan beberapa perkara seperti berikut;

1. Habit/sikap/akhlak- Sikap adalah satu perkara yang berulang-ulang kali kita lakukan. Manakala pembahagian bagi sikap adalah;
a. Sikap yang baik- sikap yang memberi kesan yang baik kepada pelakunya: rajin jadikan kita cemerlang dalam akademik
b. Sikap yang buruk- sikap yang memberi kesan yang buruk kepada pelakunya: malas menjadikan kita lemah dalam akademik
c. Sikap semulajadi- sikap yang tidak memberi kesan buruk atau baik kepada pelakunya: gedik kaki semasa dalam kelas tidak memberi sebarang kesan kepada pelakunya

Aku amat menekankan bahawa sikap atau akhlak adalah perkara yang perlu diajar dan belajar. Kata John Dryden “We first make our habits, and then our habits make us”. Sabda Nabi S.A.W :“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. Seterusnya, aku bersungguh-sungguh mengajak semua peserta untuk berubah kerana “perjalanan seribu langkah bermula dengan langkah yang satu”. Persoalannya, bagaimana untuk kita berubah? Dari mana kita perlu bermula untuk berubah? Maka, perkara yang kedua yang terpenting adalah setiap perkara bermula dari paradigma remaja tersebut atau pandangan remaja tersebut terhadap sesuatu.

2. Paradigma/pandangan- Paradigma bermaksud cara kita melihat sesuatu. Salah kita memandang salahlah tindakan kita, betul padangan kita maka betulah tindakan kita. Kata sean covey ” Paradigms are like glasses. When you have incomplete paradigms about yourself or life in general, it’s like glasses with the wrong prescription. Those lenses affect how you see everthing else.” Aku mengenengahkan keperluan kita mengenali diri sendiri sebagai permulaan kepada perubahan yang baik. Beberapa paradigma yang perlu kita perbaharui ialah;
a. Pandangan tentang diri kita
b. Pandangan tentang orang lain
c. Pandangan tentang kehidupan

3. Personal Bank Account- bermaksud kita perlu bermula dengan individu yang berada dalam cermin (the man in the mirror) iaitu diri kita. Di dalam akaun bank akan berlaku proses “deposit”-masuk dan “withdraw”-keluar duit. Proses ini juga perlu berlaku dalam kehidupan kita. Berapa banyak duit yang dimasukkan dan berapa banyak duit yang keluar dalam proses kita membentuk sikap yang hebat! Ia seolah-olah proses muhasabah bagi setiap individu. Setiap sikap yang baik akan diberi ganjaran baik, dan setiap sikap yang buruk akan memberi balasan yang buruk.

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” [Al-Zalzalah:7-8]

Untuk berubah kepada habit atau sikap yang baik beberapa perkara yang perlu kita lakukan ialah;
a. Tunaikan janji pada diri sendiri- jangan sesekali kita mengecewakan perjanjian yang kita buat dengan diri kita untuk berubah kerana perjanjian yang tidak ditepati akan membuat kita tidak percaya lagi pada diri sendiri. Pendekantan perubahan yang boleh kita amalkan ialah “Start small and build” dan ” Do small acts of kindness”. Rasulullah S.A.W bersabda: “Amal paling disukai Allah adalah amal dilakukan secara rutin walaupun sedikit.” [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim].

b. Tolenransi pada diri sendiri- berubah adalah suatu perkara yang susah, maka jangan sesekali kita kecewa jika kita gagal membuat perubahan dalam diri. Firman Allah: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hambahambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Surah al-Zumar : 53]

c. Jujur pada diri sendiri- Jujur dalam segala perbuatan kita. Supaya kita dapat memperbaiki setiap kesalahan yang kita sedari.

d. Perbaharui diri anda- Hanya kita mampu mengubah diri kita. “Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikuti bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagai mereka selain Dia.” [Surah Ar-Ra’d:11]

e. Memanfaatkan kebolehan anda- Setiap manusia itu pasti ada kelebihan. Kita sebagai manusia perlu mengenali kelebihan pada diri kita supaya kita dapat memanfaatkan kelebihan tersebut untuk kebaikkan diri, manusia dan agama. Nabi s.a.w. sabdanya: “Para manusia ini adalah bagaikan benda logam, sebagaimana juga logam emas dan perak. Orang-orang pilihan di antara mereka di zaman Jahiliyah adalah orang-orang pilihan pula di zaman Islam, jikalau mereka menjadi pandai – dalam hal agama. Ruh-ruh itu adalah sekumpulan tentera yang berlain-lainan, maka mana yang dikenal dari golongan ruh-ruh tadi tentulah dapat menjadi rukun damai, sedang mana yang tidak dikenalinya dari golongan ruh-ruh itu tentulah berselisihan – maksudnya ruh baik berkumpulnya ialah dengan ruh baik, sedang yang buruk dengan yang buruk.” [Riwayat Muslim].

Akhir bicara siri pertama “Modul Habit Remaja Efektif” marilah kita merubah pandangan pada diri, orang lain dan hidup kita supaya bermatlamatkan kepada Allah, meletakkan “Personal Bank Account” ataupun ganjaran amal kita pada ganjaran akhirat dan seterusnya marilah kita konsisten dengan sikap/habit yang baik dengan sentiasa mengingati Allah.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik. Iaitulah bagi orang yang (1) meletakkan harap (matlamat) hidupnya hanya kepada Allah, (2) meletakkan harap (ganjaran kerjanya) pada Akhirat, dan (3) secara konsisten berkekalan mengingati Allah sebanyak-banyaknya” [Al-Ahzab 33: 21]

Wallahualam, Sekian.


4 Responses to “Program Motivasi Remaja”


  1. 2 Fatin Nisa' Pasir gudang
    tham30000000Mon, 05 Apr 2010 09:04:21 +000005am10, J0000004 9, 2007 at 15:50 +00:00Apr

    Salam ‘alaik ya akhi,
    mohon utk copy modul remaja utk dilaksanakan di Johor
    Syukron

  2. tham31000000Tue, 17 Aug 2010 10:12:11 +000017am10, J0000008 9, 2007 at 15:50 +00:00Aug

    assalamualaikum.. ustaz falah ana rasa seronok bila mengikuti program ni… tp ana rasa program ini lg seronok jika ia bermalam.. ana mntk klu ad lg prgrm mcm ni bgtau la ana ya…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
March 2010
S S M T W T F
« Feb   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: