27
Sep
10

Pandangan Ringkas

Salam Samurai,

Seminggu dua ini kami sekeluarga agak sibuk mengharungi cabaran perjuangan dalam kehidupan dunia ini. Hari ini pula, anak aku mengalami demam panas. Kesian dia, aku terpaksa mengambil Emergency Leave, alhamdullilah hari ini dia dah mula pulih kembali. Agak risau sebenarnya bila dia demam, hujung minggu ini aku akan ke terengganu ke Ijtima Tarbawi bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Baru sahaja sebentar tadi aku membaca tulisan berkenaan kritikan Raja Petra terhadap penulisan Ustaz Nasaruddin at Tantawi di Malaysia Today. Kadang-kadang aku pun tidak faham mengapa sering berlaku salah faham dalam memahami setiap luahan isi hati dan pandangan masing-masing.

Namun begitu, aku memahami apa yang ingin disampaikan oleh Raja Petra berkenaan peranan PAS dalam menyelesaikan masalah jenayah yang berlaku di Malaysia dengan bukan sekadar menukar sistem yang telah ada. Sudah pasti, dalam menjayakan suatu agenda seperti mengembalika keamanan sebuah negara perlu melihat elemen kejayaan pelan tindakan tersebut. Di sini boleh aku nyatakan bahawa tiga perkara yang akan menjayakan sesuatu agenda ialah;

a. Manusia
b. Matlamat
c. Manhaj

Sudah pasti perkara pertama yang akan menjayakan agenda tersebut adalah manusia itu sendiri kerana apa sahaja alat atau manhaj yang digunakan selagi tidak mendapat kerjasama baik dari manusia pasti agenda tersebut tidak dapat dijayakan. Maka elemen pertama yang perlu diubah adalah manusia. Maka cara untuk mengubah manusia adalah melalui tarbiyyah. Memahamkan manusia akan agama yang merupakan kunci kepada pembaikan keatas manusia itu sendiri. Itulah yang merupakan kerja buat amilin PAS selama ini, iaitu mengajar dan mendidik manusia akan agama sebelum kita membina agama itu pada negara. Perjalanan sebuah negara Islam amat bergantung kepada proses perubahan individu muslim, keluarga muslim dan akhir sekali negara muslim. Ia adalah flow diagram perlu diikuti!

Mungkin Raja Petra tidak memahami apa yang ingin disampaikan oleh Ustaz Nasaruddin bahawa perubahan kepada masyarakat bukan sekadar pada manhaj tetapi juga pada manusia. Ini telah terbukti dengan segala gerak kerja PAS selama ini, iaitu kita tidak pernah mengabaikan tarbiyyah walaupun kita dengan serius melaksanakan agenda politik kearah yang lebih Islamik. Mereka yang tidak pernah mengkaji bagaimana PAS bekerja sahaja akan menghumbar pelbagai fitnah bahawa PAS hanya bekerja untuk mengubah sistem tanpa mengubah manusia itu sendiri.

Kita perlu ingat dalam kita mengubah sebuah negara yang aman, ia tidak sekadar bergantung dengan pelan-pelan tindakan dan usaha dari tangan manusia itu sahaja, tetapi ia amat terletak kepada keizinan Allah S.W.T yang menjadikan kita dan alam ini. Janganlah sesekali kita dalam berusaha untuk mengubah sebuah negara kita meninggalkan keredhaan dan rahmat Allah S.W.T. Mungkin hari ini ramai yang melihat bahawa segala kerosakan dunia ini disebabkan oleh tangan-tangan manusia semata-mata, tetapi mengabaikan bahawa semua itu adalah bala dari Allah S.W.T yang murka kepada manusia atas kecuaian yang meninggalkan petunjuk dari Allah S.W.T. Ingatlah bahawa semua perkara yang berlaku adalah dengan inayah(pertolongan) dari Allah.

Kita perlu ingat berpegang pada hukum-hukum Allah adalah kejayaan kepada sebuah umat. Hukum Allah ini adalah untuk manusia, dengan hanya berpengag kepada hukum Allah sahaja manusia akan selamat dunia dan akhirat. Sebagai seorang Islam tidak sesiapa pun layak untuk meragui akan kejayaan apabila manusia berpegang kepada hukum Allah. Ia boleh membawa kita kepada murtad dari Islam. Jika kita boleh menggunakan undang-undang manusia, maka mengapa kita tidak boleh untuk bertukar kepada undang-undang Allah yang lebih sempurna?! Dimanakah kesukarannya?! Atau sudah kita tidak punya IMAN?!

Saya cuba memahami teguran dari Raja Petra terhadap tulisan Ustaz Nasaruddiin at Tantawi, namun setelah berkali saya membaca kedua-dua tulisan mereka saya mendapati untuk menyelamatkan sebuah Malaysia kita memerlukan dua perubahan besar dalam masyarakat iaitu;

a. Mengubah manusia kepada lebih baik dalam mengamalkan Islam ataupun etika yang baik dari fitrah manusia.
b. Seterusnya kita perlu mengubah kepada sistem yang telah ditetapka oleh Allah S.W.T kerana ia bakal mengundang kerahmatan dari Allah. Jika tidak, sudah pasti ia akan mendatangkan kemurkaan Allah. Keamanan Malaysia adalah pertolongan dari Allah bukan hanya dengan kerja buat manusia walaupun kita tidak menafikan sunnahtullah bahawa manusia perlu bekerja dalam mengubah masyarakat yang lebih beretika dalam segala kerja buat mereka.

Suatu ketika dahulu ada dikalangan kita berbangga dengan sikap orang Jepun serta keamanan di negara mereka. Namun, hari ini kita dapat melihat tanpa berpegang kepada manhaj yang sebenar (manhaj Allah) ia pasti bertemu dengan kegagalan. Kes-kes bunuh diri, kecurian dan pelbagai lagi kes jenayah juga turut berlaku di Jepun beberapa tahun ini. Aku dapat merasai perbezaannya di tahun pertama aku disana dari segi keamanan, namun setelah 5-6 tahun disana semakin rumit kerosakan dari segi budaya dan keselamatan negara tersebut. Kembali kepada ISLAM, kerana hanya dengannya kita akan selamat.


1 Response to “Pandangan Ringkas”


  1. 1 Ramlan
    tham31000000Mon, 04 Oct 2010 03:55:22 +000004am10, J00000010 9, 2007 at 15:50 +00:00Oct

    Perubahan ada suatu yang berlaku secara berterusan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
September 2010
S S M T W T F
« Jul   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: