04
Dec
10

Pendakwah Muda

Salam Samurai,

Beberapa minggu lepas, aku menghadiri satu majlis muktamar pertama sebuah kumpulan Islam bagi tujuan perasmian. Alhamdullilah, semangat mereka begitu membakar biarpun bilangan masih kecil. Aku cuba memberi sedikit pesan berdasarkan pengalaman dan pembacaan sepanjang berada di medan perjuangan ini. InsyaAllah, aku cuba untuk berkongsi dengan semua sahabat-sahabat pembaca.

Antara perkara-perkara yang perlu dititik beratkan oleh setiap ahli kumpulan Islam yang masih baru dibina adalah seperti berikut;

1. Pentarbiyyahan dan Pendidikan Ahli dan Jemaah
2. Nizham (aturan/sistem/undang-undang) dan Tanzim (pengaturan)
3. Perencanaan dan perancangan strategi
4. Pembahagian tugasan perlaksanaan

Jelaslah apabila organisasi tersebut bernama gerakan Islam, kekuatan utamanya adalah pentarbiyyahan/pendidikan dikalangan ahli dan organisasi. Kedua-dua bentuk tarbiyyah itu perlu berjalan seiring. Kita tidak boleh mentarbiyyah kepada ahli sahaja dari segi ruang lingkup kefahaman Islam, tetapi juga perlu memperkembangkan pentarbiyyahan tersebut dalam memahami gerak kerja organisasi supaya semua individu dakwah itu memahami perjalanan gerak kerja jemaah. Mereka perlu ditarbiyyah untuk memahami cara kerja yang sepatutnya berlaku dalam jemaah. Kefahaman dalam jamaah perlu dalam bentuk terbuka dan terfokus. Bentuk terbuka bermaksud memahami keseluruhan organisasi, terfokus pula menumpu kepada gerak dalam bidang yang diberikan kepada individu tersebut. Mana mungkin kita berada dalam sebuah jemaah, malah ingin berintima sepanjang kehidupan kita di dunia tidak mengambil tahu langsung keseluruhan gerak kerja dalam jemaah. Jemaah seharusnya meningkatkan lagi kekuatan “multi-tasking” supaya terlahirnya kader jemaah yang hebat setelah tamat dari alam kampus. Tarbiyyah adalah sumber utama kita untuk memastikan jemaah terus kekal releven sepanjang zaman. Kita melihat bagaimana hari ini ikhwanul muslimin hampir hancur dari segi organisasinya disebabkan pembantaian oleh puak-puak musuh, tetapi mereka masih bertahan sebagai penggerak dakwah kerana mereka begitu serius dalam menjalalinan aktiviti tarbiyyah.

Dalam setiap kehidupan itu pasti ada aturan dan pengaturan. Hatta, dalam kehidupan haiwan sekali pun mereka mempunyai aturan dan pengaturan masing-masing bagi mempertahankan kehidupan mereka. Begitu juga musuh-musuh Islam turut memperkemaskan nidzam dan tanzim mereka yang menjayakan agenda menjatuhkan umat Islam, maka kita juga tidak terlepas dari tanggungjawab tersebut bagi memastikan kehidupan sosial kita sebagai sebuah gerak Islam terjamin. Kadang-kadang ada suara-suara pelik menentang kumpulan Islam yang bergerak dalan nidzam dan tanzim tersusun ini, mereka mencemuh kononnya gerakan-gerakan Islam ini terlalu terikut dengan pendekatan barat. Sebenarnya merekalah yang buta akan sejarah perjuangan Nabi kesayangan kita Muhammad S.A.W.

Contoh sirah terbaik membuktikan keperluan dalam mewujudkan nidzam dan tanzim dalam gerakan Islam adalah perjanjian aqabah 2. Kita dapat melihat bagaimana Nabi kita menyusun tanzim yang diketuai oleh beberapa kepala-kepala pemimpin yang bertanggungjawab menjaga ahli-ahli kumpulannya untuk ditarbiyyah dan dibentuk. Malah ditetapkan beberapa tanggungjawab untuk membina kumpulan mereka masing-masing. Namun, ramai yang tidak mengambil pengajaran dari siri perjalanan sirah ini. Melalui peristiwa perang tabuk, ketika umat Islam begitu seronok dengan tanaman yang sedang masak ranum menunggu masa memetik hasil tanaman, Rasulullah S.A.W telah mengarahkan umat Islam keluar berperang. Akhirnya 3 orang sahabat Nabi telah gagal menyertai peperangan tersebut atas kelalaian masing. Apakah tindakan Rasulullah S.A.W? Mereka semua telah diambil tindakan sebagai hukuman kepada mereka yang gagal dan lalai menyertai peperangan tersebut. Begitulah kehebatan nabi dalam menjayakan gerak kerja organisasi dengan mewujudkan nidzam dan tanzim. Kita juga dapat belajar dari sejarah pemerintahan Umar Al-Khattab, dengan menerapkan sistem baru dari parsi dan sebagainya bagi memperkemaskan lagi nidzam dan tanzim umat Islam. Semuanya adalah bagi memastikan perjalanan pengurusan jemaah itu dapat bejalan dengan baik. Siapa lagi yang perlu kita contohi selain Nabi S.A.W jika tidak Sahabat Rasulullah S.A.W.

Seterusnya, kita sepatutnya berusaha untuk mencari jalan-jalan perencanaan dan perancangan terbaik untuk membangunkan gerak kerja jemaah. Idea-idea baru perlu diterapkan bagi memastikan gerak kerja jemaah menepati dan sesuai dengan waqie semasa. Kita dapat melihat dari sirah sendiri di mana pelbagai strategi dan perencanaan yang dibuat oleh Rasulullah ataupun sahabat sendiri bagi memastikan kemenangan Islam. Sentiasa berusaha kearah menjana idea baru adalah sesuatu kebaikan untuk jemaah. Idea seperti kaedah perang parit dari Parsi oleh Salman al-Farisi, Kaedah memilih punca air di perang badar, strategi hijrahtul rasul dan lain-lain adalah kesungguhan para sahabat untuk memenangkan Islam. Kita juga seharusnya bertindak sebegitu. Mungkin kita boleh belajar darin Feynman Algorithm untuk menyelesaikan pelbagai masalah umat ini iaitu;

1. write down the problem
2. thinking hard the problem
3. write the answer

Nampak teori ni agak “simple” tetapi ramai yang tidak cuba menggunakannya. Malah ramai yang biarkan masalah itu berlalu pergi.

Akhir sekali, kumpulan kita ini insyaAllah akan berkembang. Jadi, Kita perlu membuat persediaan untuk berhadapan dengan perkembangannya. Antara perkara yang penting dalam berhadapan ahli jemaah yang ramai ini ialah menguruskan ahli-ahli jemaah dengan melakukan pembahagian tugasan yang baik. Ia perlu bermula dengan berkenalan dengan kemampuan setiap ahli jemaah supaya setiap tugasan yang akan diberikan lebih efektif dan efisien. Kepimpinan perlu berusaha untuk mengenali setiap ahli bagi memastikan agenda ini berjaya. Sirah menunjukkan bagaimana rasulullah melakukan proses pembahagian tugas dengan baik. Sebagai contoh khalid al-walid sentiasa diletakkan sebagai kepala kepimpinan perang, Saidina Ali pula diberikan pengganti nabi ketika nabi meninggalkan madinah (ketika perang tabuk), dan abu zar pula tidak diberikan mana-mana jawatan. Semua ini adalah contoh betapa nabi begitu serius dalam melihat pembahagian tugas dikalangan para sahabat. Manakala ahli jemaah perlu berusaha meningkatkan lagi kemampuan diri untuk membantu perjuangan jemaah.

Semoga Allah terus memberkati usaha kita dalam membinar rijal Islam. Sekian.


0 Responses to “Pendakwah Muda”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
December 2010
S S M T W T F
« Nov   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: