Archive for the 'Uncategorized' Category

23
Dec
10

Selingan Masa

Salam Samurai,

Masa berjalan begitu pantas, seolah-olah masa ingin meninggalkan kita. Mungkin masa itu adalah umur kita. Jam 10:30 malam, aku masih berada di research work station. Sementara menunggu software selesai di install, aku jalan-jalan diruang blog para sahabat.

Bagus juga rasa bila semua orang ada blog sendiri, boleh kita update perkembangan kawan-kawan. Sepanjang setahun ini aku terasa amat sibuk, berusaha mati-matian untuk siapkan research aku, supaya cepat-cepat berada di comfort zone. Dah terlalu penat rasanya kalau terus begitu, tapi hati masih punya cita-cita sambung PHD bila selesai master. Kerja GILA mungkin!

Alhamdullilah, berkat semangat isteri seorang Doktor mungkiin buat aku tidak pernah menyerah kalah. Biar pelbagai tanggungjawab dan kesibukkan. Bekerja sambil belajar! Memang penat. Aku cukup suka dengan semangat bekerja dalam tekanan, buat kita lebih matang dalam menyusun kehidupan. Must be smart and hard!

Paling sedih dan kesian, anak aku yang sering ditinggalkan kepada pengasuh. Hakikat keluarga pejuang. Seorang naqib yang mengendalikan usrah keluarga memberitahu, “ana mencari buku keluarga pejuang, tetapi tidak ada, yang ada hanyalah keluarga bahagia”. Aku terfikir, apa keluarga pejuang tidak bahagia. Aku yakin bahagia, tetapi kerehatannya banyak di akhirat. Di dunia mari kerja sungguh-sungguh untuk manfaat di akhirat.

Maaf, malam ni tulis cincai-cincai sahaja, sebab isi masa lapang tunggu perisian habis di”install”. Para sahabat pembaca, doakan aku terus tekad untuk istiqamah dan thabat dalam perjaungan ini. Sekian!

Advertisements
23
Mar
10

Best Team!

Salam Samurai,

Alhamdullilah, setelah 6 tahun aku berada di bumi samurai. Kini aku pulang untuk kembali berjuang dibumi sendiri. Sekali lagi aku bersyukur kepada Allah, kerana dianugerahkan satu “team” yang cukup komit dengan agenda pembangunan ummah. Semoga Allah mengekalkan ukhuwah kami untuk terus berada di jalan ini.

Kaulah yang maha esa
Kaulah yang maha pengasih
Kaulah yang maha penyayang
Tiada hidup tanpamu

Kaulah yang maha agung
Kaulah yang maha mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpamu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh tuhan yang satu
Engkaulah tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padamu..padamu
Dan hidup dan matiku hanyalah
Untukmu..untukmu…untukmu

Hanya Allah sumber kekuatan kita. Ayuh terus bangkit meneruskan perjuangan menuju reda tuhan.

28
Feb
10

Harith: anak abi & ummi

Salam Samurai,

Kadang-kadang aku begitu teruja dan terinspirasi dengan semangat anak sulung aku. Mungkin ia diinspirasikan oleh doa dari namanya “HARITH”. Mengenang kembali sewaktu ingin memberi nama kepadanya, kami begitu sukar memilih nama untuk anak sulung kami. Dari kulit ke kulit aku membelek nama-nama Islam yang tersenarai didalam buku. Malah, cuba membelek lembaran sirah bagi menentukan nama anak sulung aku.

Aku dan zaujah menyedari kehadiran orang baru dalam keluarga kami sewaktu zaujah aku menjalani program BTN yang begitu lasak. Alhamdullilah, Allah masih mengekalkan kehadirannya. Sehingga kawan-kawan zaujah aku beritahu “baby ni kuat!”. Menyedari keadaan tersebut, aku membuat keputusan untuk menamakan dengan nilai hidup yang ada pada dirinya iaitu “HARITH= KUAT BERUSAHA: GANBARU”. Alhamdullilah, aku amat bersykur dengan kehadiran Muhammad Harith yang begitu cergas dan cepat belajar. Slogan “I Trust Me” amat secocok dengan Muhammad Harith, dia tidak pernah merasa takut untuk gagal (Dare to Fail) dalam setiap tindakannya.

Kami sering ketawa dengan semangatnya bila berhadapan dengan kesulitan memanjat, merangkak, dan tersangkut sana sini. Hari ini aku begitu berbangga dengan diri dan namanya. Moga Allah menjadikan dia sehebat namanya (Muhammad Harith: Yang Mulia & Kuat Berusaha). Aku berharap Harith dapat menjadi seorang anak yang “independent”, untuk terus menyokong dan mendokong tugas abi dan umminya yang sentiasa sibuk.

Pesanan mama aku sentiasa bermain difikiran. “Aneeza tu dah sibuk, hang pun sibuk. Bila nak bagi masa kat anak?! Jangan dok sibuk sangat dengan politik sana politik sini.” kata mama aku. Aku hanya mampu tersenyum dan tidak mampu menjawab. Walaupun begitu, aku cuba untuk memberi “kualiti masa” kepada Muhammad Harith. InsyaAllah, aku cuba untuk aplikasikannya dalam keluarga. Mungkin dengan kuasa “kualiti masa” yang diberikan akan membantu kami menambah kemesraan dan kasih sayang dalam keluarga terutamanya anak-anak yang tidak memahami situasi kita. Biarlah hanya 2 jam dapat bersama, aku berharap “kualiti masa” mampu mengatasinya.

Wallahualam.

11
Jan
10

perjalanan dakwah

Salam Samurai,

Sepanjang perjalanan aku menempuh dunia dakwah, membuat aku tidak tahu di mana perlu bermula dan berhenti. Ia seolah-olah sebuah perjalanan tanpa penghujung. Mungkin itu menyebabkan dakwah ini membuat kita sentiasa keletihan menuju tuhan.

“Kita adalah arkitel Perjuangan!”-Teruskan merangka, merancang, melaksana dan muhasabah.

08
Oct
09

Pesanan Ketua Pemuda Kita

Salam Samurai,

” Keadaan semakin kritikal. Ramai ahli kita dipukul dan terbaru malam tadi Markas Pemuda PAS Pusat di Bagan Pinang telah diceroboh dan petugas di halau keluar. Demi Allah dengan nama jihad fisabillilah, ana selaku pemegang amanah DPPP mengerahkan seramai mungkin pemuda dari seluruh negara agar turun ke Bagan Pinang.”- Ustaz Nasaruddin Tantawi.

Keadaan semakin kelam kabut. Ketakutan pihak tertentu dengan pejuangan Islam telah membuat mereka bertindak ganas untuk memastikan taghut tertegak kembali. Semoga Allah memberi kekuatan kepada seluruh jentera untuk berhadapan dengan keadaan yang semakin celaru ini.

Harakah memaparkan gambar pejuang-pejuang Islam yang telah ditetak dengan begitu kejam sekali. Sekurang-kurangnya marilah kita berdoa kepada Allah S.W.T supaya pejuang-pejuang Islam selamat dari sebarang kejahatan syaitan-syaitan bertopengkan manusia ini.

08
Oct
09

Genap 3 bulan

Harith 3 months old

Harith 3 months old


Salam Samurai,

Malam ini aku cuba menggagahkan diri menulis setelah lama mendiamkan diri. Banyak perkara yang perlu diselesaikan, penulisan blog menjadi mangsa pengabaian. Hari ini aku menulis dari laptop baru yang diberikan oleh supervisor untuk memudahkan aku menjalankan research. Alhamdullilah, semoga ia dapat membantu aku menguruskan kerja dengan lebih baik. Banyak kegunaannya laptop ini selain daripada buat urusan research.

Hari ini anak aku Muhammad Harith sudah cukup 3 bulan umurnya semenjak dia dilahirkan pada 10/07/2009. Tetapi, aku merasakan dia baru disisi keluarga ini. Mungkin kesibukkan yang tidak mengizinkan kami bersama. Alhamdullilah, walaubagaimana pun sibuknya aku, Muhammad Harith pasti menunggu kepulangan aku. Jika dia tidur, pasti dia akan bangun untuk bermain bersama. Anak itu penyejuk hati.

Alhamdullilah Muhammad Harith tidak banyak ragam, tidur pun cukup dengan ribaan sebentar. Cuma kadang-kadang lewat malam baru tidur. Tak la kadang-kadang, boleh dikatakan kerap jugak. Sampai aku pun penat. Mungkin nak main ngan abinya. Namun begitu, bila dia telah tidur, esok pagi baru bangun. Minum susu pun dalam lena. Alhamdullilah, Allah mudahkan segalanya.

Yang bestnya Muhammad Harith ni, dia kerja senyum dan ketawa walaupun umur baru nak masuk 3 bulan. Dia juga banyak bercakap-cakap. Pantang ummi dan abinya ajak bersembang, ada sahaja modalnya. Perkataan yang suka diucapkan Muhammad Harith gugugugu. Maksudnya aku pun tak pasti. Sampai aku pun tak tahu nak cakap apa. Penting kita banyak bercakap dengan anak, supaya mereka cepat belajar kata zaujah aku. Anak-anak kecil ini banyak melihat gerak mulut kita untuk belajar bercakap.

Cuma yang merisaukan aku bagaimana untuk kami hadapi keadaan bila zaujah akan bekerja nanti. Dalam keadaan Muhammad Harith yang tidak banyak meragam, mungkin dia bisa mengikuti aku ke mana-mana sahaja. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada kami dalam mendidik Muhammad Harith. Jam telah menunjukkan 12:27 malam namun Muhammad Harith masih tidak mahu menidurkan dirinya. Seronok pula dia ajak kami menyembang, rindu kat abinya kot.

Aku pun tak larat dah nak tulis apa. InsyaAllah akan datang ingin aku berkongsi penulisan 2 buah buku yang sedang aku baca iaitu Fiqh Ekonomi tulisan Tuan Guru Yusof Al-Qardhawi, dan 360 degree leadership tulisan John Maxwell. Aku sebenarnya tgh mengqadhokan pembacaan yang tidak dapat aku tunaikan pada bulan lepas. InsyaAllah, ilmu pembacaan itu akan aku kongsikan di masa akan datang. Maafkan aku kerana agak lama menyepikan diri. Sekian.

30
Jul
09

Muhammad Harith


Beberapa jam selepas dilahirkan

null
Bersiap sedia ke hospital


Tersenyum riang


Ke”sedu”an: Kesian

Muhammad Harith dilahirkan dengan berat 3.44 Kg pada 10/07/2009. Pada hari ke-20 iaitu pada 29/07/2009 berat Muhammad Harith meningkat ke 4.0 Kg. Semakin hari semakin membesar Muhammad Harith. Semoga Muhammad Harith membesar dengan sihat dan sejahtera. Semoga sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah.




KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
October 2017
S S M T W T F
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

  • 58,396 guests

Categories