Archive for December, 2007

10
Dec
07

Sinopsis Winter Gathering IPIJ’07

Bencana pertama yang menimpa masyarakat dewasa ini ialah rosaknya Aqidah mereka, kerana masuknya unsur-unsur materialisme, yang menumbuhkan keraguan dan Athiesme dalam jiwa masyarakat. Waktu berlalu, tanpa disedari unsure-unsur materialisme itu telah bertindak menyebarkan pendapat-pendapat dan pengertian yang menyimpang dari agama. Akibatnya jiwa keagamaan menjadi goncang, dan dikhuatirkan akan tumbang setelah tumbuhnya fikiran-fikiran Athiesme dimana-mana.

Materialisme melancarkan serangan terhadap agama, dengan menyebarkan berita-berita yang mengejutkan, dan kadang-kadang mengemukakan ancaman kemiskinan yang menakutkan, dan kadang-kadang menyebarkan pendapat-pendapat yang menunjukkan keharusan lenyapnya agama dan umat beragama di permukaan muka bumi ini!

Akibat langsung dari kerosakkan Aqidah itu ialah rosaknya budi pekerti (Akhlak) masyarakat. Hal ini langsung melanda anggota-anggota masyarakat secara menyeluruh. Perbuatan yang keji dan mungkar kini telah tersebar luas. Fakta-fakta sejarah sudah cukup menjadi bukti yang meyakinkan bahawa sebab-sebab kejatuhan dan kemunduran sesuatu bangsa, tidak lain adalah kerana hawa nafsu, serta fikirannya terarah kepada kesenangan hidup dan kemewahan dunia! Tidak syak lagi hal ini berlaku secara umum di kalangan bangsa dunia, sebagai satu bencana.
“ Bila kejahatan telah meluas dikalangan sesuatu bangsa, maka Allah akan menimpakan bencana yang meluas kepada mereka..!”

Dicelah-celah kerosakkan Aqidah dan Akhlak itu, bangsa-bangsa diseluruh dunia ini telah menyaksikan suatu silsilah yang gagal dalam segala bidang dan lapangan kehidupan manusia. Diantaranya;

A) DI BIDANG POLITIK (SIASIYYAH); Kita menyaksikan kegagalan demi kegagalan dan teori Nasionalisme dalam meneggakkan sesuatu bentuk yang bernama “KESATUAN”! Sampai dengan kesatuan antara dua daerah, yang penduduknya terdiri dari satu bangsa, keturunan dan satu nenek moyang.
B) DI BIDANG EKONOMI (IQTISADIYYAH); Kita melihat kegagalan dan teori-teori Kapitalisme dan Sosialisme , dalam usahanya membentuk masyarakat yang adil dan makmur..! Malahan teori Kapatalismae kini nampaknya mendatangkan bencana kepada ekonomi nasional, sehingga menjurus kepada kehancuran perdagangan dan kewangan di beberapa negara..!
C) SUASANA KELEMAHAN YANG MELANDA MASYARAKAT; Manusia yang dikatakan maju, kini nampaknya berada dalam suasana lemah rohaninya dan sangat naïf. Kebiasaan yang kini meluas dikalangan mereka, nampak berada dalam suasana yang menyimpang dan tidak stabil! Dan bencana ini hampir menimpa kemanusiaan di segala penujur dunia..!

Kalau kita renungkan, maka kita akan rasakan, bahawa masyarakat manusia ini tidaklah sampai kepada keadaannya yang sekarang ini secara kebetulan sahaja! Suasana yang terlantar ini adalah akibat tindakan manusia, yang cuba menyisihkan agama dan menyeleweng dari peraturan Ilahi (Nizamu’l-lahi). Inilah akibat keberanian manusia mengingkari kedudukan agama sebagai pedoman hidup. Akhirnya, manusia yang dikatakan maju itu, sekarang nampaknya tergelincir kembali ke alam Jahiliyyah. (JAHILIYYAH MODEN!)

Dalam waktu ini tibalah saatnya kita kembali kepada Islam (BACK to ISLAM) sebagai pedoman hidup bagi manusia masa kini. Kita perlu menghilangkan tanggapan salah dikalangan masyarakat, bahawa Islam hanyalah agama untuk Ibadah, yang tidak ada hubungannya dengan kehidupan baik social, ekonomi dan politik. Oleh itu, sahutlah seruan “BACK to ISLAM”!!




KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
December 2007
S S M T W T F
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

  • 61,283 guests

Categories