14
Aug
08

Keluhan

Salam Samurai,

Dunia perkahwinan banyak mendidik aku untuk lebih matang. Kita berkongsi hidup, pengalaman, sejarah dan rakan-rakan. Banyak aku belajar dari isteri, alhamdullilah perkahwinan merupakan suatu anugerah Allah S.W.T.

Perkahwinan Sekufu

Antara perkara yang menarik dalam perkahwinan adalah perkongsian pengalaman hidup. Banyak perkara yang isteri aku ceritakan masalah rakan-rakannya kepada aku.

Antara masalah yang berlaku adalah perkahwinan yang tidak sekufu. Aku mempunyai pendapat yang sendiri dalam hal ini. Bagi aku perkahwinan tidak sekufu akan membawa masalah dalam berkeluarga, tetapi masih bergantung kepada pasangan tersebut.

Sekufu dalam pandangan aku adalah dari sudut pendidikan dan status seseorang. Bila perkahwinan yang berbeza status pendidikan akan menguji kesabaran yang amat tinggi, terutamanya bila pihak lelaki yang agak rendah taraf pendidikannya. Walaupuan begitu, berbalik kepada Islam. Mungkin bagi wanita sedikit perbezaan dalam masalah ini berbanding lelaki yang lebih rendah dalam hal-hal dunianya. Tiada beza kita antara sesama manusia melainkan taqwa kepada Allah. Siapa yang tinggi ketakwaan nya kepada Allah, walaupun ia tidak berharta akan dipandang tinggi oleh penduduk langit.

InsyaAllah, bila kita memilih seseorang yang bertakwa ia mampu meminimakan masalah dalam rumah tangga kerana masing-masing meletakkan setiap tindakan kepada Allah. Tetapi, jika ketakwaan pun tiada, ketinggian pendidikan pun tiada ia akan mengundang masalah yang besar. Masing-masing akan bertindak berdasarkan nafsu dan emosi.

Pasangan masing-masing akan meremehkan kualiti masing-masing dan mencari kelemahan masing-masing. Maka aku menasihati mereka yang mempunyai permaslahan perkahwinan tidak sekufu dari sudut harta, pendidikan dan kerjaya perlu berbalik kepada nilai keimanan kita kepada Allah. Hanya keimanan dapat membahagiakan sebuah keluarga.

Biarpun aku setuju dalam hal-hal perkahwinan tidak sekufu, tetapi mestilah bersyarat. Dan syaratnya ialah bersabar dalam menempuh kehidupan, dan setiap pasangan mesti bersedia untuk menerima kelemahan pasangan selepas berkahwinan. Sesungguhnya dunia perkahwinan dan dunia bercinta terlalu berbeza.

Paling aku tidak setuju membezakan keturunan syed dan syarifah. Sehingga sekarang aku tidak dapat melihat kelebihan keluarga syed dan syarifah. Adakah terdapat janji-janji syurga buat keturunan ini, bukankah kita manusia ini sama dan penilaian nya bagi Allah adalah ketakwaan. Biarpun Islam mengajar kita untuk mengaja keturunan, adakah kita faham konsep keturunan itu sendiri. Adakah ia terletak kepada nama Syed dan Syarifah?

Beberapa kali aku menemui masalah seperti ini, dan aku begitu kecewa dengan sikap ibu bapa yang menghalang perkahwinan anak-anak yang didasari cinta dan keimanan disebabkan status Syed dan Syarifah.

Semoga generasi selepas ini dapat membuat perubahan dalam perkara-perkara yang sebegini. Kadang-kadang, hal-hal seperti ini adalah satu penganaian.

Di Masjid

Semalam aku menunaikan solat Magrib di masjid berdekatan rumah aku. Selalunya tidak sempat disebabkan pulang lewat dari pejabat dan program luar. Pada hari rabu, ada pasar malam dilorong jalan Masjid.

Tiba-tiba, ada seorang hamba Allah melaungkan Azan dengan penuh kesungguhan untuk mengajak manusia-manusia disekitar pasar malam datang solat Isyak. Dari riak mukanya, aku amat memahami bahawa hatinya benar-benar mahukan perubahan dalam  masyarakat. Dia ingin semua masyarakat sekeliling mengerti panggilan rumah Allah itu, tetapi tidak ramai yang hadir, Jemaah Pasar Malam lebih ramai berbanding di Masjid.

Selepas sahaja azan, terus dilepaskan rasa kecewanya terhadap masyarakat sekitar. ” Aku dah iqamah kuat-kuat dah, kalau tak mau mai jugak, biar p lah, aku dah lepas.” sambil memandang wajah aku dengan riak muka kecewa. Dia seolah-olah mahu memberitahu perasaan hnya terhadap orang sekitar. Aku tersenyum!

Masih awal wahai hamba Allah untuk kita kecewa dan putus harapan. Kerana nabi-mu telah bermatian-matian mengajak umat kearah kebaikkan. Kita sebenar belum terlepas, ia masih dipermulaan. Aku mengerti perasaan dan jiwanya yang memberontak ingin kan manusia mendapat kebaikan, tetapi bukan mudah untuk melakukan perubahan. Masing-masing berjuang, berjuanglah bersunguh-sungguh hingga ke akhir nafas. Belum ada jaminan untuk kita sebarang pelepasan tanggungjawab dakwah ini.

Bila aku lihat kecewaannya, aku begitu berharap pada Allah kekalkanlah aku dalam perjuangan kerana aku tidak mahu menjadi orang yang kecewa dengan usaha.

Marilah kita sama-sama istiqamah, dan berusaha mencari selebar hikmah dalam berdakwah untuk membawa manusia ke jalan yang benar. Takbir!!

p/s: Taniah kepada anak-anak university kerana peratus pinjaman PTPTN telah turun, teruskan usaha kita menyahkan riba kepada pelajar.


2 Responses to “Keluhan”


  1. tham31000000Wed, 20 Aug 2008 06:44:07 +000020am08, J0000008 9, 2007 at 15:50 +00:00Aug

    salam..

    perkahwinan itu menghalalkan apa yg diharamkan..doakan ambe juga dapat berkahwin dengn isteri solehah insyallah ya..

  2. tham31000000Sun, 17 Oct 2010 07:07:41 +000017am10, J00000010 9, 2007 at 15:50 +00:00Oct

    salam..sy juga salah seorang ketrunan keluarga syed..bila melibatkan isu perkahwinan mmg menjadi masalah..family nak jodohkan sy dgn syarifah juga sdgkan sy tak kenal pun syarifah tu jenis mcm mana..ada sapa2 yang boleh bagi pendapat silakan..


Leave a comment


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
August 2008
S S M T W T F
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

  • 61,283 guests

Categories