14
Jan
09

sudah lama…

Salam Samurai,

Hari ini aku kurang sikit kerja. Pengurusan pejabat pun dah selesai, cuma menanti respon-respon sepatutnya sahaja. Dalam kekosongan masa, aku pun membelek bahan-bahan bacaan yang ada.

Tiba-tiba aku kerinduan dengan bahan-bahan bacaan yang aku baca. Rupa-rupanya sudah lama aku meninggalkan bahan bacaan yang seperti ini. Hari ini aku membelek balik buku haraki yang sudah lama aku tinggalkan, terkenang sewaktu aku berada di Jepun. Sememangnya buku-buku haraki adalah bahan bacaan utama selaian penulisan-penulisan berkenaan sejarah Islam dan barat.

Aku membaca buku tulisan Tuan Guru Mustapha Masyur, beliau terkenal dengan tulisan sebuah buku bertajuk “Petunjuk Sepanjang Jalan”. Tetapi hari ini aku membaca buku berjudul “Gerakan Bersama (Amal Jamaie’)”. Kupasannya amat menarik berkenaan bagaimana sebuah gerakan Islam itu menuju ke arah sebuah gerakan Islam yang berjaya.

Hari ini baru aku sedar perbezaan cara penulis-penulis Ikhwanul Muslimin. Selama aku membaca buku Mustafa Masyur, penulisannya lebih menjurus kepada pengurusan sebuah jemaah. Bagaimana sebuah organisasi itu dapat survive untuk mencapai tahap jemaah yang berkualiti.

Manakala penulisan-penulisan Said Hawa pula lebih kepada pengurusan tarbiyyah gerakan Islam. Sebagai contoh buku Jundullah, Pendidikan Harakah Islamiyyah dan mcam-mcam lagi banyak menjurus kepada bagaimana penerapan tarbiyyah kepada sebuah gerakan Islam.

Mungkin padangan aku salah, kerana pembacaan aku berkenaan buku-buku yang ditulis oleh mereka terhad. Mungkiin masih banyak lagi buku-buku berbeza yang mereka tulis, tetapi aku tidak berkesempatan untuk membacanya.

Apa-apapun, yang ingin aku sampaikan disini adalah bagaimana penulis-penulis ini mempunyai bidang-bidang tertentu yang mereka pakar pada hemat aku. Kalau disini kami menyebut sebagai “Multi-task, and focus”. Ia bermaksud, kita boleh melakukan pelbagai jenis bidang dakwah pada masa yang sama kita mempunyai skill tertentu yang benar-benar kita kuasai. Aku begitu kagum dengan mereka.

Aku membuat kesimpulan, ahli gerakan Islam seharusnya menguasai pelbagai bidang dalam lapangan dakwah, samaada tarbiyyah, ekonomi, pengurusan, kepimpinan dan lain, tetapi beliau juga perlu terjun dan menjurus pada satu bidang yang dapat dijadikan specialist.

Kemampuan yang seperti ini boleh melahirkan ahli gerakan Islam yang mempunyai institusi consultant yang hebat. Segala pakar rujuk/specialist perlu ada dalam sebuah gerakan Islam. Tetapi, mereka tidak pernah leka untuk menceburi bidang-bidang lain bagi merealisasikan agenda dakwah ini.

Semoga penulisan kali ini memberi manfaat, jika ada kesilapan, teguran kalian amat dialu-alukan. Sekian. Terus Membaca!


0 Responses to “sudah lama…”



  1. Leave a Comment

Leave a comment


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
January 2009
S S M T W T F
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

  • 61,283 guests

Categories