Archive for January 20th, 2008

20
Jan
08

Siri: Perlaksanaan usrah cemerlang I

Apa khabar sahabat2 semua, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera serta dirahmati dan dikasihi oleh Allah swt. Sudah lama saya tidak cuba untuk menulis di blog ini, banyak sangat yang copy paste. Banyak angan-angan saya untuk menulis artikel-artikel menarik bagi memberi input kepada diri dan sahabat-sahabat yang sudi menjadi pembaca. Paling kurang melatih saya untuk menjadikan diri seorang penulis yang mempunyai paradigma yang jauh dengan idea-idea yang bernas.

Baru-baru ini saya telah membaca buku tulisan John Maxwell, kupasan beliau berkenaan kepimpinan amat bagus dikongsi bersama. Saya bercadang untuk menulis isi buku tersebut dalam aplikasi peringkat kepimpinan dalam usrah. Kepimpinan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat, so kualiti sorang naqib tidak terletak kepada ilmu agama yang dimilikinya sahaja tetapi bagi saya, seorang naqib perlu memiliki ilmu kepimpinan yang tinggi sesuai dengan maksud kepimpinan itu sendiri “influence people”.

Ilmu Islam yang kita sampai memang ilmu Allah, ilmu syariat yang perlu ditaati dan diikuti. Tetapi kita perlu ingat, yang mendengar, yang mengambil, yang menturuti ilmu itu adalah manusia, bukan malaikat yang tidak bernafsu. Maka ilmu mengenali manusia, ilmu mempengaruhi manusia amat penting di kuasai oleh para naqib untuk menyampaikan risalah Islam dengan lebih efektif. Kebijaksanaan memahamai dan berkomunikasi dengan manusia adalah perkara utama bagi menyampaikan ilmu syariat untuk mereka disekeliling menturuti dan mentaatinya.

Seterusnya mari kita berbalik kepada peringkat kepimpinan/leadership yang di nyatakan oleh John Maxwell, sebelum itu saya ulangi leadership adalah ” influece people to do something” .

Berikut adalah tingkatan kepimpinan yang perlu di beri perhatian oleh para naqib jikalau ingin mempengaruhi ahli usrah nya menuruti apa yang bakal ia sampaikan;

Peringkat pertama

Menurut saudara John Maxwell dalam bukunya “Developing the Leader Within You” peringkat paling rendah dalam kepimpinan ialah seseorang yang memimpin dengan position/kedudukan ia miliki. Selalunya apabila hilang kedudukan yang kita miliki, pengaruh kita akan hilang begitu sahaja. Serendah-rendah kepimpinan ialah kepimpinan yang terlalu bergantung kepada posisi yang ia miliki oleh sebab itu semua orang boleh menjadi leader, contoh dalam keluarga seorang ayah adalah leader tetapi setakat manakan ia mempengaruhi anak-anaknya, cukupkah sekadar dengan kedudukan beliau sebagai ayah, boleh bertindak dengan apa sahaja kuasa yang dia miliki?! Tetapi ayah yang baik, dia dapat menarik pengaruh bukan hanya dengan kedudukan dia sebagai ayah juga dengan pelbagai kaedah-kaedah lain yang akan kita sentuh selepas ini.

Amat malang dalam gerak kerja usrah , kita menggunakan kedudukan kita sebagai senior, orang paling tua, guru dan apa sahaja kedudukan untuk laksanakan usrah. Usrah seperti ini kurang memberi kesan, kerana mungkin kehadiran usrah adalah disebabkan kuasa beliau seorang senior/guru. Walaupun begitu, seniority perlu ditingkat kan lagi peringkat leadershipnya kepada peringkat-peringkat seterusnya seterusnya yang akan kita sentuh selepas ini.

Peringkat kedua

Bagi saya tanpa posisi sebagai senior, orang berkuasa dan pangkat kita mampu untuk menjadi leader, kerana leadership itu adalah “kuasa mempengaruhi”. Peringkat kedua kita boleh kuasai nye tanpa sebarang pangkat, dengan mempengaruhi individu melalui kasih sayang. Tidak ada manusia didalam dunia ini tidak ingin dibelai, dimanja, diberi perhatian walaupun dia seorang yang berkuasa. Sebab itu, saya merasakan kalau dikalangan kita mempunyai ilmu yang sedikit, sudah cukup utk kita mengerakkan usrah di tempat masing dengan kuasa kasih sayang. Tetapi malangnya, kita tidak tahu menghargai kuasa kasih sayang ini utk mendekati madu’/orang yang hendak didakwah supaya mendekati Islam. Rasulullah telah banyak memberi contoh dengan kasih sayang dan persahabatan Islam berkembang dengan jayanya. Sebagai contoh nabi S.A.W telah berdakwah kepada sahabat rapatnya abu bakar ra. Manakala abu bakar mempengaruhi rakan-rakan bisnesnya seperti uthman untuk kembali kepada Islam. Bukankah ia bermula dengan secebis kasih sayang dan nilai sebuah persahabatan. Perkenalan yang lama digunakan untuk mengajak mereka kepada dakwah dan beriman kepada Allah. Dalam tingkatan kedua ini, John Maxwell telah menulis permission relationship.. supaya kita membenarkan perhubungan serta dengan perhbungan kita mempengaruhi mereka untuk bekerja kepada Islam.

Apatah lagi bila kita hendak mengajak manusia kepada bekerja dengan Islam, bekerja dengan Islam tidak ade nilain duit dimata, tetapi digadaikan keseronokan dan kegembiraan dunia untuk berjuang. Sebab itu, ikatan ukhuwah adalah penting dalam gerak kerja Islam kerana hanya dengan ukhuwah dan kasih sayang akan mengurangkan rasa beban dalam berdkwah. Maka, sahabat dalam menjadi pemimpin gerakan islam, pemimpin gerak kerja usrah perlu membina kasih sayng kerana hanya dengan kasih sayang dapat mengekalkan untuk komit dengan perjuangan Islam yang serba sukar. Bagi mereka yang memahami dakwah, mahu mempengaruhi individu lain, elemen ukhuwah ini merupakan peranan penting bg menjayakan sebuah usrah yang cemerlang. Manusia tidak peduli apa yang kita sampaikan selagi kita tidak peduli dengan apa yang mereka inginkan.

Saya publish dulu dua peringkat kepimpinan lepas ni tulis lagi. Semoga ia memberi kebaikan kepada semua dengan penulisan yang ringkas ini. InsyaAllah




KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
January 2008
S S M T W T F
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

  • 61,283 guests

Categories