Archive for January 9th, 2008

09
Jan
08

Permulaan Penyelewengan Aqidah

Kata Abdullah Ibnu Abbas: ”Jarak di antara nabi Adam dan nabi Nuh A.S ialah sepuluh kurun. Semua manusia pada waktu itu berpegang dengan Syariah yang hak, kemudian mereka berselisih kerana masalah yang dipegang mengikut pendapat masing-masing. Maka Allah mengutuskan para nabi sebagai mubassyirin (pemberi khabar gembira) dan munzirin (pemberi peringatan). Rasul yang pertama diutuskan selepas nabi Adam ialah nabi Nuh A.S”. [Lihat Tafsir Ibnu Kathir: 1/237].Punca kekufuran mereka ialah kerana terlalu memuja orang yang soleh dikalangan mereka (al-ghulu fi hubbi as-solihin) dan inilah permulaan berlakunya syirik di atas muka bumi ini.

SEBAB BERLAKUNYA SYIRIK DI MUKA BUMI

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW serta keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Firman Allah SWT yang bermaksud: {Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan diantara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.} [Al-Baqarah : 213].

Al-Hafiz Ibnu Kathir RH telah mengambil riwayat Ibnu Abbas R.A ketika menafsirkan ayat ini. Kata Abdullah Ibnu Abbas: ”Jarak di antara nabi Adam dan nabi Nuh A.S ialah sepuluh kurun. Semua manusia pada waktu itu berpegang dengan Syariah yang hak, kemudian mereka berselisih kerana masalah yang dipegang mengikut pendapat masing-masing. Maka Allah mengutuskan para nabi sebagai mubassyirin (pemberi khabar gembira) dan munzirin (pemberi peringatan). Rasul yang pertama diutuskan selepas nabi Adam ialah nabi Nuh A.S”. [Lihat Tafsir Ibnu Kathir: 1/237].

Punca kekufuran mereka ialah kerana terlalu memuja orang yang soleh dikalangan mereka (al-ghulu fi hubbi as-solihin) dan inilah permulaan berlakunya syirik di atas muka bumi ini. Sebagaimana maksud firman Allah SWT di dalam al-Quran:{Dan mereka berkata: “Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwa’, yaghuts, ya’uq dan nasra” (nama-nama berhala)}. [Nuh: 23].

Imam Bukhari RH meriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A katanya: ”Lima berhala tersebut, wadd, suwa’, yaghuts, ya’uq dan Nasra) ialah nama orang-orang yang soleh di kalangan kaum nabi Nuh A.S. Apabila mereka meninggal dunia, syaitan mengajar (memujuk) kaumnya agar mereka membuat patung-patung yang menyerupai orang soleh tadi, kemudian diletakkan dimajlis tempat yang mereka biasa duduk semasa hayatnya dan meletakkan nama patung itu seperti nama tuan asalnya.

Maka pengikut orang soleh itu melaksanakan ajaran syaitan tersebut. Apabila golongan yang membuat patung tadi telah meninggal dunia dan datang pula generasi lain yang tidak mengetahui asal-usul kejadian patung tersebut, lalu mereka pun turut ikut menyembahnya.Imam Ibnu Kathir juga menyebut kisah ini sedemikian. Riwayat lain ada menceritakan tujuan para pengikut itu mengukir patung pada awalnya kerana mereka takut pegangan agama mereka menjadi lemah, lalu mereka mengukir patung-patung syeikh tersebut untuk mengingati kembali ajaran dan amalannya.

Apabila mereka melihat patung syeikh mereka, akan bertambah kuat semangat untuk beribadat. Pada peringkat awalnya mereka tidak menyembahnya, tetapi setelah berlalunya masa yang lama, mereka mula membesarkan dan menghormatinya dengan sepenuh hati mereka.

Waktu yang panjang berlalu, orang-orang alim dikalangan mereka telah meninggal dunia, maka syaitan mengajar lagi: ”Sesungguhnya orang-orang soleh sebelum kamu tidak mengukir patung-patung syeikh mereka kecuali untuk meminta syafaat (pertolongan) melaluinya kepada Allah.” Maka bermulalah sejarah penyembahan berhala, tuhan yang lain selain daripada Allah SWT.Lalu selepas itu Allah SWT mengutus nabi Nuh A.S untuk mengembalikan mereka kepada agama datuk mereka nabi Adam A.S. Semasa berlakunya taufan pada zaman nabi Nuh A.S, kesemua patung-patung yang disembah tersebut telah ditenggelamkan ke dalam perut bumi.

Mereka yang diselamatkan Allah SWT dari taufan tersebut, meneruskan hidup di atas muka bumi dengan agama yang benar selama beberapa waktu.Manakala orang yang mula-mula mengubah perjalanan agama yang diajar oleh nabi Ibrahim A.S ialah Amru bin Luhai, iaitu ketua golongan suku Khuza’ah. Beliau adalah seorang tukang nujum yang bersahabat dengan jin. Melalui petunjuk dari jin itu, beliau telah mengeluarkan berhala-berhala yang tersembunyi di dalam tanah di Jeddah.

Kemudian beliau menyeru bangsa Arab pada musim haji supaya menyembah berhala dan meninggalkan ajaran nabi Ibrahim A.S. Maksud sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: ((Aku melihat Amru bin Amir bin Luhai al-Khuza’i menarik isi perutnya di dalam neraka)) [HR Muslim].

Ini kerana dialah orang yang mula-mula merubah perjalanan agama nabi Ismail A.S dengan penyembahan berhala. Demikianlah bahayanya apabila berlaku pemujaan di dalam masyarakat samada memuja harta benda, pangkat dan sebagainya. Begitu juga dengan perbuatan memuja pemimpin lebih daripada yang sepatutnya. Perkara tersebut akhirnya akan membawa kemusnahan dan bala bencana kepada umat dan masyarakat sebagaimana yang berlaku ke atas kaum nabi Nuh A.S dahulu.Allah SWT telah memberi amaran kepada ahli kitab dengan firman-Nya yang bermaksud: {Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu (dengan membesarkan nabi Isa sehingga mereka menganggapnya sebagai anak tuhan). Dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh daripada-Nya.} [An-Nisa’: 171].

Kerana itu jugalah Rasulullah SAW bersabda memberi amaran kepada umatnya, sebagimana riwayat Sayyidina Umar Al-Khattab R.A, maksudnya: ((Janganlah kamu terlalu memujaku (sehingga melampaui had sebagai seorang nabi dan rasul kepada darjat ketuhanan dengan mengetahui perkara ghaib dan sebagainya) sebagaimana kaum Nasrani memuja nabi Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku adalah seorang hamba, maka katakanlah: Hamba Allah dan Rasul-Nya. )) [HR Bukhari dan Muslim].

Demikanlah amaran dan tegahan Rasulullah SAW akan perbuatan memuja dan memuji manusia lebih daripada sepatutnya dengan membuat pelbagai gelaran dan anggapan. Ini akhirnya boleh merosakkan diri orang yang dipuja puji itu sendiri.Marilah kita sama-sama merenung kembali kepada perjalanan dan landasan yang kita lalui di dalam urusan agama kita (i’tikad). Semoga semua amalan yang kita lakukan akan diterima oleh Allah SWT.

Akhirnya sama-samalah kita perhatikan kepada firman Allah SWT yang menggariskan apakah bentuk ajaran atau dakwah yang dibawa oleh semua nabi-nabi dan rasul-rasul A.S, melalui firman-Nya yang bermaksud: {Dan sungguhnya kami telah mengutuskan Rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu”.} [An-Nahl: 36].

Perkataan thaghut membawa banyak erti dan maksudnya sebagaimana yang dihuraikan oleh para ulama’ Islam; ialah umum untuk semua benda (syaitan, manusia, jin, patung dan sebagainya) yang disembah dan dipuja selain daripada Allah SWT. Di antara asas atau tonggak kepada taghut ialah:

1) Syaitan yang menyeru untuk beribadat kepada tuhan selain daripada Allah SWT.

2) Pemerintah yang zalim yang telah merubah hukuman yang diturunkan oleh Allah.

3) Golongan yang menjalankan hukuman perundangan selain daripada hukuman yang diturunkan oleh Allah SWT.

4) Orang yang mengaku mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan tersembunyi selain daripada Allah SWT.

5) Golongan yang disembah selain daripada Allah SWT (syaitan, manusia, jin, patung dan sebagainya) dan ia suka serta redha dengan perbuatan yang dilakukan terhadapnya itu.Inilah di antara tafsir atau makna ’taghut’ yang dimaksudkan dalam ayat tersebut.

Demikianlah betapa pentingnya peranan rasul-rasul A.S untuk mengembalikan manusia supaya taat dan tunduk kepada Allah sahaja. Kita juga mestilah menolak semua jenis taghut kerana inilah syarat untuk menjadi seorang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul serta berada di atas landasan agama Islam yang diredhai Allah SWT.Firman Allah SWT yang bermaksud: {…sesiapa yang mengkufurkan (menentang dan menghancurkan) Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang dengan tali Allah yang teguh dan tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.} [Al-Baqarah: 256]. Sekian.-aam

09
Jan
08

Nasionalisme

Nasionalisma dan Islam
Al-Hadi Online (Januari 2002)

MUQADDIMAH

Semenjak kejatuhan Khilafah Islam pada tahun 1924 umat Islam di seluruh tanah air Muslimin telah melihat berlakunya perubahan mendadak di dalam asas penyatuan Muslimin. Penyatuan Muslimin yang bertitik tolak daripada aqidah yang satu yang melampaui segala batas-batas keturunan, warna kulit dan kedudukan telah ditinggalkan oleh umat Islam untuk digantikan oleh kesatuan yang berasaskan fahaman kebangsaan atau Nasionalisma barat. Ia adalah satu penyelewengan yang wajib ditolak dan dibetulkan kembali oleh setiap Muslimin di zaman ini.

Kejahilan para ulama mengenai kesesatan fahaman kebangsaan telah mendorong umat Islam dari segala lapisan untuk menerima dan beramal dengan kesesatan ini tanpa mereka merasa takut kepada kemurkaan Allah s.w.t. dan balasan azabNya yang pedih.

PENGERTIAN NASIONALISMA

Di dalam menerangkan pengertian Nasionalisma, Encyclopedia Britannicca atau Encyclopedia America menyebut:

Loyalty and devotion to the state such that national interest are placed above individual or global interest. It originates from the assumption that nations are the primary focus of political allegiance.

In the religious context, for example: the focus of allegiance would be a supranational group such as Christendom or Christian community.

Takrif ini menjelaskan bahawa Nasionalisma adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, sekira-kira meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain sama ada ia merupakan kepentingan peribadi atau pun kepentingan negara-negara lain.

Fahaman ini adalah bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa.

Fahaman ini adalah diasaskan oleh pemikir-pemikir politik seumpama Machiavelli, Rousseau dan Johan Gottfried. Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah yang berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.

Dengan kata lain Nasionalisma adalah merupakan ikatan yang berbentuk sekular yang menggantikan semua bentuk ikatan yang lain khususnya ikatan keagamaan di kalangan manusia terutamanya di barat yang berasaskan ajaran gereja Kristian. Ia merupakan satu daripada panduan cara hidup sekular yang dikemukakan di zaman ini sebagai menggantikan panduan daripada sumber agama.Pentakrifan ini menjelaskan bahawa Nasionalisma itu pada hakikatnya adalah fahaman penyatuan manusia yang asasnya ialah mendahulukan kepentingan bangsa dan negara di atas segala kepentingan yang lain.

PERCANGGAHAN NASIONALISME DENGAN AGAMA ISLAM

Daripada kesedaran kita mengenai hakikat sebenar fahaman kebangsaan itu maka nyatalah kepada kita percanggahan yang tidak dapat dielakkan di antara ideologi nasionalisma dengan ajaran-ajaran yang terdapat di dalam syariat Islam.

Ia adalah percanggahan-percanggahan yang menuntut setiap Muslimin agar menolak sepenuhnya fahaman tersebut daripada diamalkan di dalam sebuah masyarakat beragama Islam.

Ia adalah percanggahan yang lahir akibat daripada tabiat Islam sebagai sebuah ajaran yang berjuang untuk menyatukan manusia di atas asas pengabdian kepada Allah s.w.t. semata-mata dan di atas asas menegakkan keadilan Tuhan di dunia ini. Secara asasnya percanggahan tersebut bolehlah dibariskan kepada empat bahagian seperti berikut:

(1) Ia adalah fahaman yang membina penyatuan manusia di atas asas menerima pensyarikatan yang berlaku di kalangan manusia terhadap ketuhanan Allah s.w.t. di alam ini.

Ia dengan itu adalah penyatuan yang tidak menjadikan kepentingannya membimbing manusia kepada mentauhidkan Allah s.w.t. dan kepada membulatkan kehambaan kepada Allah s.w.t. semata-mata. Penyatuan yang meredhakan kekufuran seperti ini adalah bentuk penyatuan yang membawa penyesalan para pengamalnya di akhirat kelak. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Ankabut ayat 25 yang bermaksud:

Dan berkata Ibrahim: Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah s.w.t. adalah untuk menciptakan perasaan dalam kehidupan dunia ini kemudian di hari kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebahagian kamu melaknati sebahagian (yang lain), dan tempat kembalimu ialah neraka, dan sekali-kali tiada bagi kamu para penolong pun.

(2) Ia adalah fahaman yang membina kepentingan manusia di atas asas kepentingan dunia semata-mata dengan melupakan kepentingan kesejahteraan manusia di akhirat.

Kepentingan akhirat itu hanya dapat dicapai melalui ketaatan yang penuh kepada segala perintah Allah s.w.t. yang telah disampaikan oleh RasulNya. Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Israa’ ayat 18 dan 19 yang bermaksud:

Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahanam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.

(3) Ia adalah fahaman penyatuan yang bercanggah dengan syariat Islam yang berhubung dengan hukum al-wala’.

Yang dikehendaki dengan hukum al-wala’ ialah ajaran Islam yang melarang Muslimin daripada memberikan hak persahabatan, perlindungan, kepimpinan, kasih sayang dan pertolongan kepada golongan kuffar dan musyrikin dalam perkara yang menyalahi ketaatan kepada Allah s.w.t. atau di dalam perkara yang menyalahi hak persaudaraan sesama Muslimin.

Dari sini dapatlah difahami bahawa hukum wala’ di dalam masalah kepimpinan bukanlah semata-mata persoalan setakat memastikan kekuasaan mutlak tidak berada di tangan golongan kuffar tetapi ia sebenarnya adalah persoalan memastikan bahawa orang-orang kafir tidak mendapat kuasa yang boleh menghalang orang-orang Islam daripada melaksanakan ketaatannya kepada Allah s.w.t. secara sempurna.

(4) Ia adalah fahaman yang memusuhi usaha menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah di zaman ini sebagai sebuah ikatan politik umat Islam yang berasaskan aqidah dan syariat Islam.

Kewujudan sebuah negara yang seperti ini adalah bercanggah dengan fahaman nasionalisme sekular. Perlulah difahami bahawa dari sudut sejarahnya gerakan fahaman nasionalisma di barat adalah bertujuan untuk menolak pemerintahatahan gereja di benua Eropah dan fahaman nasionalisme ini juga kemudiannya telah digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk melahirkan penentangan bangsa Arab terhadap Khilafah Uthmaniyyah yang membawa kepada kelemahan dan kejatuhannya.

Sesungguhnya menegakkan khilafah adalah wajib menurut hukum Islam. Dalam hal ini Imam Nawawi Rahimahullah telah berkata di dalam syarahnya kepada Sahih Muslim dengan ucapan yang bermaksud: “Para ulamak telah ijmak di atas kewajipan muslimin melantik khalifah.”

Mengenai tugas khalifah itu pula antaranya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Hazm di dalam kitab Al-Muhalla. Beliau berkata:

“Hanyasanya Imam itu dilantik adalah untuk menegakkan sembahyang di kalangan manusia, memungut sedekah-sedekah mereka, melaksanakan hukum hudud mereka dan melaksanakan hukum di kalangan mereka dan berjihad melawan musuh mereka.”

Artikel ini dipetik dan di ubah suai dari artikel asal oleh Ustaz Zulkifli Bin Hj.Ismail, Kaherah, Mesir.

09
Jan
08

Kepimpinan Ummah

  Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda:

Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, prihatin terhadap suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin, dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang yang kamu pimpin.

Penerangan Hadis:
   Hadis ini menerangkan soal kepimpinan yang menjadi tanggungjawab semua orang. Setiap di antara kita perlu menjalankan tugas ini sebaik mungkin. Jangan ada yang mencerca, memaki dan menidakkan hukum-hukum Allah SWT yang jelas tercatat di dalam al-Quran dan dihuraikan melalui hadis. Sekiranya ada yang bedebah melakukan caci hamun terhadap hukum Allah, orang sebegini wajib diperangi dan tidak diberikan jawatan.

Soal kepimpinan turut disentuh di dalam al-Quran. Ada dua ayat al-Qur’an yang menggunakan kata Khalifah. Pertama al-Baqarah: 30, “Inni ja’il fi al-ardh khalifah,” dan kedua, al-Shad: 26, “Ya Dawud Inna ja’alnaka khalifah fi al-ardh.”.

Dr. M. Quraish Shihab menjelaskan bahawa:
1. kata khalifah digunakan oleh al-Qur’an untuk siapa yang diberi kekuasaan mengelola wilayah, baik luas maupun terbatas. Dalam hal ini Daud mengelola wilayah Palestin, sedangkan Adam secara potensi atau ‘actual’ diberi tugas mengelola bumi keseluruhannya pada awal masa sejarah kemanusiaan;

2. Bahawa seorang khalifah berpotensi, bahkan secara ‘actual’, dapat melakukan kekeliruan dan kesalahan akibat mengikuti hawa nafsu. Kerana itu baik Adam mahupun Daud diberi peringatan agar tidak mengikuti hawa nafsu (lihat 20:16 dan 38:26).

Menarik untuk diperbandingkan bahawa pengangkatan Adam sebagai khalifah dijelaskan Allah dalam bentuk tunggal ‘inni’ (sesungguhnya Aku), sedangkan pengangkatan Daud dijelaskan dengan menggunakan kata ‘inna’ (sesungguhnya Kami).

Jikalau benar kaedah yang mengatakan bahawa penggunaan bentuk plural, selain berarti ‘li ta’zhim’, juga boleh bermakna mengandung unsur keterlibatan pihak lain bersama Allah dalam pekerjaan yang ditunjuk-Nya, maka ini bererti bahawa dalam pengangkatan Daud sebagai khalifah terdapat keterlibatan unsur lain, yakni masyarakat. Adapun Adam dipilih secara langsung oleh Allah, tanpa unsur keterlibatan pihak lain.

Sejarah mencatat bahawa Daud bukan saja Nabi tetapi juga penguasa kerajaan (“Dan Kami kuatkan kerajaannya dan Kami berikan kepadanya hikmah. (38: 20).

Allah mengisyaratkan bahawa Daud bukan saja dipilih oleh Allah tetapi juga diangkat oleh masyarakat. Pada titik ini penafsiran Imam al-Mawardi, terhadap ayat 4:58, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat,” amat patut dikehadapankan.

Imam al-Mawardi, pengarang al-Ahkam al-Sulthaniyah, menjelaskan bahwa karena ada yang memberi amanah dan ada yang menerima amanah, maka terjalinlah hubungan sosial diantara kedua belah pihak.

Ratusan tahun setelah Imam Al-Mawardi wafat, barulah muncul di Barat teori kontrak sosial yang sebenarnya benih itu telah dimulai oleh penafsiran
al-Mawardi.

Oleh karena itu, dalam pandangan al-Qur’an, pemimpin yang diangkat oleh masyarakat sebenarnya berada pada posisi menerima amanah, sedangkan
masyarakat sebagai pemberi amanah. Tentu saja, ajaran agama mengatur bahawa penerima amanah, pada saatnya nanti, harus mempertanggungjawabkan amanahnya kepada si pemberi amanah, iaitu pada “pengadilan” masyarakat di dunia, dan “pengadilan” Allah swt di Padang Mahsyar nanti.

Berkenaan dengan pemberian amanah, ada satu ayat yang cukup menyentak kita: “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil,” (33:72).

Dr. Wahbah Az-Zuhaili dalam at-Tafsir al-Munir menjelaskan bahawa amanah yang dimaksud adalah ketaatan dalam menjalankan kewajiban (taklif)syar’i, seperti solat, puasa dan lainnya. Lebih jauh Az-Zuhaili menafsirkan bahwa kata amanah dalam ayat di atas juga mencakup amanah terhadap harta, menjaga kemaluan, menjaga pendengaran, penglihatan, lisan batin, tangan dan langkah kaki. Kegagalan menerima amanah ini (akibat manusia itu amat zalim dan amat jahil) akan mengakibatkan manusia terbagi menjadi tiga golongan (sebagaimana diisyaratkan oleh ayat selanjutnya (33: 73).

Pertama, munafikin, yaitu sebagaimana digambarkan dalam hadis: kalau berkata selalu berdusta; kalau berjanji selalu ingkar; dan kalau diberi amanah berlaku khianat (Musnad Ahmad, Hadis Nombor: 6583); kedua, golongan musyrikin, yaitu golongan yang baik tersembunyi mahupun terang-terangan telah berlaku syirik dan menentang Allah, Rasul dan hukum Syara’; ketiga Mu’minun, yang dalam ayat ini digambarkan sebagai mereka yang diterima taubatnya.

Pemimipin ideal wajib dilantik (dalam konteks Malaysia dipilih melalui undian) dari kalangan yang tidak melaksanakan korupsi, kolusi dan nepotisma. Amat perlu bagi rakyat untuk dipimpin oleh mereka yang tidak mengambil rasuah, mereka yang berusaha menjalankan Syariat Islam serta mereka yang berusaha siang dan malam membantu masyarakat, bukannya mereka yang siang dan malam asyik berfikir untuk menambah harta dunia.

Wallahu a’alam.

09
Jan
08

Menangkis Sekularisme

MEMBINA KEKUATAN UMAT
MENANGKIS SEKULARISME1
Oleh :
Haji Abd. Ghani Samsudin
Yang Dipertua
Persatuan Ulama’ Malaysia

Mukaddimah

Pandangan hidup yang mempersetankan (mengkesampingkan) agama dan menganggap agama sebagai suatu halangan ke arah mencapai tahap kemodenan dan kemajuan madani memang wujud dalam masyarakat moden sekarang. Walhal menurut para pengkaji sejarah, bangsa primitif sekalipun yang telah membina berpuluh-puluh tamadun purba rata-rata menjadikan agama sebagai asas tamadun mereka. Malangnya dewasa ini masih terdapat ‘spesis’ manusia zaman moden yang melihat agama sebagai beban dan tidak relevan dengan kehidupan manusia. Mereka melihat agama sebagai sumber perpecahan dan pertentangan. Kehidupan ini menurut mereka tidak ada kaitannya dengan Tuhan dan Tuhan tidak boleh dibabitkan dalam kehidupan manusia samada untuk mengatur negara, kepimpinan politik dan pengagihan kekayaan atau pelaksanaan undang-undang. Pembabitan Tuhan hanya akan menyusahkan manusia. Dalam politik, Tuhan tidak ada. Kalau adapun Tuhan harus dihalang dari terlibat atau masuk campur dalam urusan kenegaraan manusia. Nilai-nilai halal haram, baik buruk Tuhan hanya membawa musibah dan pergaduhan kaum. Nilai-nilai itu adalah nilai kuno dan kolot. Manusia mesti mengharamkan Tuhan dari terlibat atau dilibatkan. Tuhan bukan soal pokok, yang penting ialah perpaduan, kesejahteraan ekonomi, kesenangan hidup dan lain-lain. Tuhan perlu dihalang dari menguasai mana-mana bidang hidup kecuali dalam hubungan ibadat khusus yang terhad.

Spesis sekularis lain berpendapat agama Islam perlu dalam hidup tapi sekadar yang berkaitan dengan soal ‘personal statute’, adat resam, simbol budaya dan ibadat dalam ertikata yang sempit. Mereka tidak percaya hukum Islam boleh memberi keadilan politik, keadilan sosial dan ekonomi. Mereka menentang setiap usaha untuk
menegakkan entiti atau dasar pemerintahan negara dan keadilan atas landasan Islam. Mereka bersedia untuk mengharamkan nama atau simbol serta dasar atau wawasan Islam dari diperjuangkan sebagai dasar politik atau negara, lebih-lebih lagi kalau keadaan akan menyebabkan mereka kehilangan pengaruh dan undi mereka merosot di kalangan rakyat.

Oleh kerana Allah dan hukum-hukumnya – menurut pandangan mereka -hanya menjanjikan ketidakadilan dan kesusahan serta huru-hara dalam negara maka ketentuan mengenai baik buruk, adil, zalim dan syurga neraka-Nya tidak lagi relevan dalam hidup. Bahkan Tuhan dan para penyokong wawasannya perlu dihalang dari mengubah status quo dan kepentingan penguasa yang sedia ada. Justeru itu para penyokong aliran Islam mesti dicap sebagai pengacau dan ekstrimis, malah terroris. Agenda untuk membendung aliran yang ingin mendaulatkan ajaran fanatik agama Islam ini menurut mereka mesti digubal. Mereka menyusun berbagai rancangan untuk merenggut semangat perjuangan agama yang ingin merealisasikan Islam secara syumul dan menyeluruh. Mereka meruntuhkan imej, nama baik dan reputasi ulama’ dan pendakwah untuk menghalang kebangkitan semangat Islam yang semakin tersebar luas.

Malah sesetengah pemerintah umat Islam hari ini menangkap dan menyeksa para tahanan dari kalangan aktivis Islam. Mereka juga turut campurtangan dalam penafsiran semula prinsip-prinsip asas dalam Islam itu sendiri yang sepatutnya tidak perlu lagi kepada sebarang penafsiran lain. Mereka memberi tafsiran yang berbeda dengan pandangan ulama’ muktabar meskipun dalam perkara-perkara qathi dan asas yang sepatutnya tidak boleh berubah.

Ada segolongan pemerintah umat Islam dalam menegakkan sistem pentadbiran, mereka bertapak di atas asas sekularisme. Mereka melarang penubuhan parti-parti politik yang berbau agama. Mereka mengharamkan Islam menjadi dasar dan nama perjuangan bagi parti politik. Ada pula yang tidak pernah menjadikan Islam sebagai asas pertimbangan ketika mana mereka berdepan dengan rakyat yang bukan Islam menghadapi rakyat yang beragama Islam. Pada hal dalam masyarakat komunis pun, kita dapati para pemimpin mereka mempropagandakan sistem komunis sebagai sistem pemerintahan yang terbaik. Malangnya para pemimpin berkenaan menganggap seruan ke arah menjadikan Islam sebagai dasar politik dan negara sebagai ketinggalan zaman. Pada hal Allah sendiri telah memerintahkan supaya dasar Islam ini diperjuangkan dalam segenap lapangan hidup. Allah berfirman dalam Surah Syura ayat:13

شَرَعَ لَكُمْ مِنْ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ
إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهَِ

“Allah telah menggubalkan dasar hidup “ad-din” bagi kamu seperti yang telah diwasiatkannya kepada Nuh, dan seperti yang telah dipesankan kepadamu (wahai Muhammad). Agama yang telah dipesankan kepada Ibrahim, Musa, Isa dengan perintah agar kalian semua menegakkan (mendaulatkan) agama ini dan jangan kalian berpecah dari mengikutinya…”

FirmanNya lagi dalam surah al-Rum: 30.

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

“Maka tegakkan wajahmu (berjuanglah) untuk agama Islam yang hanif ini. Inilah agama fitrah yang Allah telah cipta manusia selaras dengannya. Tidak ada perubahan dalam penciptaan Allah. Itulah agama (pegangan hidup) yang mat bernilai. Tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) mengerti”

Dalam hubungan ini, pandangan Al-Jabri elok direnungkan untuk perhatian kita, katanya :
“Peranan yang paling serius yang dijalankan oleh Orientalis dalam memerangi Islam secara amalinya ialah dengan membina rentetan pusat pengajian dari tadika hingga ke peringkat universiti yang mendidik generasi baru umat Islam dari pelbagai lapisan khasnya peringkat yang mempunyai kelayakan kepimpinan yang tinggi dan sederhana Mereka juga mengeksploit profesion kedoktoran, kejururawatan serta rumah sakit dan hospital missionary. Untuk tujuan tersebut mereka hidup bergaul dengan orang Islam dan Arab di negara jajahan tersebut. Mereka cuba meyakinkan kepada orang Islam akan kebaikan tamadun Eropah yang palsu itu. Mereka mengajak ke arah pergaulan bebas, pendedahan aurat, dekadensi moral atas dakwaan kebebasan diri atau personal, mereka mendakyahkan fahaman keliru seperti sekularisme, existensialism dan lain-lain. Orang yang menyahut seruan mereka akan dididik dengan agar menafikan kerasulan Muhammad SAW.”

Ternyata bentuk sekularisme menjengol (berwajah) dalam beberapa pola, cara-gaya dan manifestasi budaya hidup. Antaranya ada yang bersifat falsafah, konsep kenegaraan, faham ekonomi, budaya, politik, pendidikan, undang-undang, seni, bahasa dan lain-lain. Bentuk-bentuk sekularisme yang pelbagai ragam ini perlu ditentang secara menyeluruh.

Dalam kertas ini penulis akan menfokuskan kepada agenda bertindak untuk menangani gejala ini. Tetapi sebelum kita menghuraikan agenda tersebut ada baiknya kita menelusuri perancangan dan agenda golongan sekularis itu sendiri dalam memalapkan pengaruh ajaran Islam.

Agenda-Agenda Sekuralis Menentang Kebangkitan Islam

Sebenarnya fahaman sekularisme menganjurkan agar umat Islam berpegang kepada suatu prinsip dan nilai baru yang berasaskan skeptisisme terhadap semua bentuk pengetahuan objektif. Skeptisisme atau keraguan terhadap kebenaran juga merupakan asas yang mencorakkan budaya dan pemikiran golongan sekularis. Akibat langsung dari minda skeptik ini, sekularis melihat agama bersama kitabnya tidak lebih dari suatu bentuk naratif besar (grand-narrative) yang tandus sifat kekudusannya dan dapat dipersendakan dalam permainan bahasa dan imaginasi kreatif yang mencampur-adukkan realiti dan fantasi. Persoalan kebenaran dan kebolehan untuk bersikap objektif akan diketepikan sebagai suatu yang mustahil untuk dicapai. Golongan sekularis telah menggantikan prinsip-prinsip kebenaran dengan beberapa prinsip baru, di antaranya prinsip ketiadaan suatu yang benar (no truth), kehampaan, realiti (no reality), kegersangan makna (no meaning), kepelbagaian (multiplicities), kesamarataan (equal representation) dan keraguan yang menyeluruh (total doubt). Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila prinsip ini meminggirkan nilai ketuhanan dan menggantikannya dengan sesuatu bentuk pergantungan mutlak kepada rasional. Tegasnya ta’akul rasional dijadikan sebagai pusat gravitinya.

Akibat prinsip-prinsip di atas mula bertapak kukuh dalam pemikir-pemikir sekularisme dan pendokongnya, mereka terus melangkah untuk memastikan prinsip-prinsip ini tidak akan mendapat saingan atau ancaman. Justeru menyedari Islam sebagai satu-satunya agama yang mampu mengancam mereka, maka tindakan untuk membunuh prinsip-prinsip, sistem-sistem dan manifestasi-manifestasi Islam dilakukan dengan aktifnya oleh golongan ini. Mana-mana ruang yang digunakan oleh pendokong-pendokong Islam untuk menampilkan wawasan Islam akan dihancurkan. Golongan pejuang kebenaran Islam akan dilabelkan dengan label-label yang jahat lagi hina. Lalu timbullah tuduhan-tuduhan bahawa golongan pejuang Islam dianggap ekstrimis dan ganas. Tidak cukup dengan itu, golongan sekularis akan sentiasa menakut-nakutkan rakyat dan sesiapa sahaja yang mahukan kebenaran Islam. Kononnya manusia dan dunia ini akan musnah jika golongan pejuang kebenaran Islam diberi peluang untuk mentadbir dan memerintah dunia. Suatu yang lebih menarik lagi golongan sekularis telah juga mewujudkan institusi-institusi dan aliran-aliran gerakan yang menentang perjuangan Islam. Institusi-institusi ini akan terus menerus berperanan untuk meliberalkan pemikiran umat Islam dan menggantikannya dengan suatu pandangan hidup (world view) yang berimejkan sekularisme.

Antara agenda sekularis yang berjaya dilaksanakan dalam masyarakat umat Islam ialah seperti berikut:

· Memburuk-burukkan wawasan Islam
· Menakut-nakutkan kerajaan dan rakyat terhadap Islam dan gerakan Islam
· Menggilap imej aliran dan gerakan yang menentang Islam
· Menilai gerakan Islam dengan pengalaman sejarah dan epistemologi Barat
· Mengajukan beberapa strategi penting kepada kerajaan sekular negara-negara Islam untuk membendung dan melemahkan kebangkitan Islam dari sudut politik
· Membantu kerajaan sekular dari sudut ekonomi agar ia memiliki keabsahan di mata rakyat untuk terus berkuasa.
· Memusnahkan secara langsung atau tidak langsung kekuatan Islam yang mungkin akan muncul sebagai negara Islam samada di rantau Balkan maupun di tempat-tempat lain di dunia.

Menyedari bahaya ‘octopus’ sekularisme yang begitu bercapah dan sulit maka usaha untuk menghadapinya juga haruslah berbagai bentuk dan menyeluruh. Gerakan yang menghalang proses sekularisme mestilah merangkumi aspek pendidikan, sosio budaya, politik, ekonomi, pentadbiran, undang-undang dan lain-lain .

Agenda Menghadapi Sekularisme

Islam pada hakikatnya adalah agama, negara, aqidah dan syariat. Ia telah meletakkan satu sistem yang sempurna dan mantap untuk setiap urusan kehidupan. Ini kerana:
i. Islam mengandungi sistem yang menjamin hak-hak pemerintahan dan rakyat jelata. Semuanya ini diatur dalam prinsip-prinsipnya yang padu sebagaimana Rasulullah dan para sahabatnya membangun negara Islam yang pertama.
ii. Islam muncul dengan sistem ekonomi bermoral yang bersih dari sebarang kekalutan sebagaimana yang terdapat dalam sistem-sistem ekonomi kapitalis dan komunis.
iii. Islam telah menetapkan sistem sosial yang mengandungi asas-asas dan undang-undang yang menjamin keseimbangan dan kesaksamaan sekaligus.

Suasana kesedaran kaum Muslimin masa kini mestilah dimatangkan dengan ilmu yang sejati. Kaum muslimin mestilah cukup memiliki persediaan akliah dan ilmiah yang tinggi untuk menahan dan menempuh dengan penuh bijaksana ribut wabak bencana sekularisasi ini yang matlamatnya mahu memisahkan alam dari tafsiran agama, serta menghapuskan kuasa dan autoriti politik yang berasaskan agama. Matlamat sekularisme mahu menjadikan semua sistem nilai dan hasil budaya sebagai bersifat relatif dan sementara sahaja. Sebab itulah keyakinan umat Islam sendiri mengenai Islam sebagai agama yang benar dan Islam sebagai kebudayaan dan peradaban serta tamadun yang luhur lagi agung yang pernah menghasilkan ilmu-ilmu Islamiyyah yang tiada taranya perlu diperkasa dan diperjuangkan.

Selain itu, umat Islam dewasa kini perlulah memahami akan rumusan penelitian, takrifan dan huraian konsep-konsep dasar dalam Islam seperti konsep Tuhan, Alam, Kenabian, Insan, Ilmu, Pendidikan (Ta’dib), Agama (Din), Akhlak, Adab, Keadilan, Kebebasan, Kebahagiaan dan lain-lain kerana semua konsep-konsep dasar tersebut amat rapat hubungannya dengan permasalahan kebudayaan, kemusykilan pendidikan, persoalan sains dan dilema epistemologi yang sedang dihadapi oleh kaum muslimin dewasa ini. Hanya setelah disempurnakan persiapan akliah inilah sahaja kaum muslimin mampu menawarkan jawapan Islam terhadap cabaran sekularisme.

Kita perlu terus menerus merencanakan gerak tindak dan agenda perjuangan kerana kaum muslimin tidak akan dapat mengatasi kaum sekularis kecuali setelah ada di kalangan mereka tokoh-tokoh agung dan pakar-pakar dalam semua bidang pengkhususan. Ini termasuklah dalam teori-teori akademik, sains industri dan teknologi, ekonomi, perdagangan dan syarikat korporat, teknik pertanian, ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan, kedoktoran, kejuruteraan, ketenteraan, kesusasteraan dan lain-lain.

Selain itu, Islam dengan sistem akidah dan dasar psikologinya yang mantap mampu menghadapi serangan sekularisme ini dalam apa bentuk sekalipun. Cuma bentuk penentangan tersebut haruslah dilaksanakan dengan rapi, berkesan dan bijaksana. Ia perlu dibuat dalam lingkungan strategi menyeluruh dan terkini, sepertimana yang dilakukan olah musuh-musuh Islam. (Lihat tulisan R. Hrair Dekmejian: Islam In Revolution: Fundamentalism in the Arab World).

Antara agenda tersebut mungkin boleh diperincikan secara ringkas seperti berikut.

1. Memperteguhkan pegangan umat terhadap keyakinan dan dasar Islam sebagai suatu cara hidup yang komprehensif.
2. Menyebarkan budaya mengutamakan wahyu lebih dari akal.
3. Memperbanyakkan program yang boleh meningkatkan keintiman hubungan umat dengan al-Quran.
4. Melipatgandakan rancangan mengukuhkan pengaruh sunnah Rasulullah s.a.w. dalam masyarakat, di samping meningkatkan pengetahuan umat mengenai sirah Rasulullah s.a.w.
5. Menyemarakkan rancangan untuk menyuburkan amalan ruhaniah yang positif dan proaktif untuk membangun masyarakat melalui khemah ibadah dan sebagainya.
6. Memperluaskan penyampaian fiqh Islam dalam aspek-aspek sosio politik, ekonomi, komunikasi, pendidikan dan lain-lain.
7. Menghidupkan semangat jihad di jalan Allah.
8. Mengimbaukan semula sejarah leluhur silam dan kepahlawanan mereka dalam menghadapi pertarungan dengan penjajah dan musuh-musuh Islam.
9. Menyebarluaskan agenda dan perancangan musuh-musuh Islam untuk melemahkan umat Islam di seluruh dunia.
10. Mendedahkan kelemahan asas kebendaan tamaddun Barat dan bahaya fahaman sekularisme, materialisme, kapitalisme dan sebagainya.
11. Mengkritik fahaman racialisme, nasionalisme dan assabiah jahiliyyah yang lain dengan menerangkan hujah-hujah Islam yang menelanjangkan keburukannya.
12. Menentang aliran kemurtadan golongan intelektual, pakar budaya, sasterawan dan wartawan yang merugikan Islam.
13. Meningkatkan program untuk memperkasa peranan kaum muslimat dalam membentuk sejarah gemilang umat Islam seperti yang dilakukan oleh tokoh-tokoh mereka di zaman silam.
14. Mendaulatkan sistem pendidikan Islam melawan aliran pendidikan ynag sekular.
15. Memperbanyakkan program mengasuh dan mendidik generasi baru dan remaja Islam agar tidak dapat dimusnahkan oleh fahaman sekularisme dan budaya porno.
16. Menggandakan usaha dan program untuk melahirkan golongan wartawan dan penulis Islam dalam berbagai lapangan media.
17. Menggandakan bilangan kehadiran ulama’ dan para pendakwah Rabbani melalui pembinaan pusat-pusat pengajian tinggi dan institut perkaderan Imamah dan Ulama’.
18. Meningkatkan keselarasan, kesatuan, kematangan dan keupayaan haraki gerakan-gerakan Islam untuk menjana kekuatan bersama yang boleh menghalang fahaman sekular dan sekularis dari menyesat dan merosakkan umat Islam.
19. Mengukuhkan pergerakan umat Islam dan lain-lain agama dalam memerangi semangat anti agama, anti keadilan, kemanusiaan dan demokrasi.
20. Meningkatkan amalan budaya syura dalam masyarakat, di samping menyeru pihak yang berkuasa agar menjadikan budaya syura teras pemerintahan mereka untuk mengelakkan ciri-ciri imperialisme masuk semula dalam masyarakat dalam era merdeka.
21. Meningkatkan kesedaran tentang hak asasi manusia hak-hak sivil dan politik yang fundamental untuk seluruh rakyat seperti hak untuk bebas berkumpul dan bercakap secara aman dan lain-lain agar pencabulannya dapat disedari dan dibanteras secepat mungkin.
22. Meningkatkan kesedaran dan tuntutan untuk mempunyai undang-undang suruhanjaya pilihanraya, dan amalan pembuangan dan pengiraan undi yang bersih, profesional dan adil demi memastikan suara dan amanah rakyat diurus dengan betul, nazahah dan saksama.
23. Memastikan kehadiran media massa yang bebas, sedar, amanah, beretika dan profesional agar umat tidak mudah dimangsakan oleh penjajah baru dari kalangan bangsa sendiri atau orang luar.
24. Memastikan pemimpin umat dan negara terdiri dari kalangan orang yang bertaqwa, berakhlak dan bersih dari penyalahgunaan jentera dan dana negara untuk kepentingan diri, keluarga dan partinya.
25. Menimbulkan kesedaran yang mendalam di kalangan rakyat tentang perlunya penghakiman yang adil dilakukan dalam sebarang kes yang diadili tanpa menganak-tirikan sesiapa pun. Kehakiman yang adil adalah tuntutan Islam.
26. Memperkasa tuntutan rakyat tentang perlunya diwujudkan jentera pendakwaan yang profesional, adil dan tidak berat sebelah demi kesaksamaan pengagihan keadilan itu sendiri.
27. Meningkatkan kesedaran dan peruntukkan agar jentera kepolisian tidak digunakan untuk mereka bukti pertuduhan, keganasan dan disalah gunakan untuk melindungi pihak berkuasa yang bersalah. Polis yang adil adalah tuntutan Islam.
28. Menegaskan tentang perlunya dilantik para pentadbir yang cekap, amanah dan profesional yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat bukan untuk mana-mana YB yang bermuslihat.
29. Meningkatkan program untuk melahirkan masyarakat penyayang yang tidak menganiaya satu sama lain. Sebaliknya saling kasih mengasihi satu sama lain.

Penutup

Perlu disebutkan bahawa pusat-pusat kajian strategi golongan sekularis mempunyai ramai para petugas, pengkaji dan para penyelidik yang senantiasa peka dan konsisten menyelidiki sekurang-kurangnya 38 jurusan pengkajian. Mereka terus memantau dan mengawas perkembangan politik, ekonomi, budaya dan ketenteraan yang dilalui oleh setiap negara Islam di dunia ini, melalui agen-agen yang mereka lantik pula mereka sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan terperinci . Maka umat Islam perlu memiliki pusat-pusat kajian seperti itu untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam proses pengumpulan penganalisaan maklumat musuh-musuh mereka dan merencanakan tindak balas yang lebih bertenaga dan berkesan.

Gerakan-gerakan Islam yang ada di negara kita perlu berlatih dari sekarang untuk menggabung atau menyelaraskan diri ke arah merealisasi perpaduan. Mereka perlu menyedari betapa perlunya penggabungan tenaga dalam dunia yang sentiasa berkembang dan membentuk blok-blok kekuatan baik dalam bidang ekonomi, politik mahupun ketenteraan. Selaras dengan itu Majlis Syura Gerakan-gerakan Islam (MSGI) mungkin perlu dibentuk agar dapat menjadi pengembeling dan penyelaras antara gerakan-gerakan Islam yang ada.

Satu agenda politik bersama perlu disokong oleh seluruh gerakan Islam demi membulatkan tenaga umat dalam menangani bencana golongan sekularis dan aliran perjuangan mereka. Tanpa usaha yang gigih untuk menghadapi serangan sekularisme ini kekuatan umat akan terus layu, terhakis dan hanyut menjadi Pak Turut yang lebih malang dari “Lebai Malang” masa lampau.

Buku rujukan :

1) Dekmejian, R. Hrair. Al-Usuluyyah fi al-Alam al-Arabi (terj) Islam In Revolution Fundemantalism In The Arab World oleh Abdul Warith Said dan al-Wafa Li al-Tiba’ah Wa-al-Nasyr. Egypt 1989.
2) Don M.Mccurry (editor). The Gospel and Islam. cet, MARC, California, 1978.
3) Fathi Yakan Al-Mausu’ah al-Harakiah (Jilid 1). Muassasah al-Risalah Beirut 1980.
4) Al-Jabri, Abdul Muta’al Muhammad, al-Istisyraq Wajhun li Al-Isti’mar Al-Fikri, Maktabah Wahbah, Kaherah, 1955 / 1416, hlm. 225.
5) Al-Matani, Dr.Ab. Azim Ibrahim Mohd. Urubba Fi Muwajahati al-Islam : al-Wasail Wa al-Ahdaf. Maktabah Wahbah – Kaherah 1993.
6) Al-Qaradhawi, Dr.Yusof. Al-Islam Wa ‘Ilmaniah Wajhan Li Wajhin. Maktabah Wahbah – Kaherah.
7) Sa’aduddin, Al-Sayyid Salih, Dr. Strategi Musuh Menentang Islam. (terj) Darul Nu’man 1996.
8) Al – Sawi, al-Thawabit Wa al- Mutaghaiyirat fi Masirat Al-Amal Al-Islami Al-Mu’asir Dar al-I’lam al-Duali. Kaherah 1994.

09
Jan
08

Ulama’ & Umara’


Oleh:
Dr. Zulkifli Hj. Mohd Yusoff
Pensyarah
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Pendahuluan

Ulama’ dan umara’ merupakan dua institusi penting yang bertanggungjawab menentukan perjalanan kehidupan ummah keseluruhannya berada di atas landasan kebenaran. Sekiranya institusi ini rosak, maka ummah akan rosak dan sekiranya mereka baik maka ummah akan beroleh kesejahteraan.

Ulama’ dilihat sebagai manusia berilmu yang mempunyai amanah menegakkan Syariah dan bertanggungjawab memperjuangkan idea menganjur kepada makruf dan menegah kemungkaran. Sementara umara’ dipandang sebagai satu tugas yang menggantikan tugas kenabian bagi menjaga agama dan menguruskan kehidupan dunia. Al-Imarah merupakan satu post yang membawa seluruh manusia berada di atas landasan syara bagi kepentingan akhirat dan urusan keduniaan yang akan menguntungkan akhirat.

Ulama’ Dalam Pandangan Islam

Ulama’ ialah mereka yang terdiri dari kalangan orang yang dianugerahkan oleh Allah dengan ilmu pengetahuan tentang Islam secara syumul dan memiliki perasaan yang takut hanya kepada Allah. Perkara ini di jelaskan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang takut kepada Allah dari kalangan hambaNya ialah Ulama’” .

Kedudukan mereka dalam pandangan Islam boleh dijelaskan lagi melalui beberapa firman dan sabdaan Junjungan seperti berikut:-

1. Firman Allah yang bermaksud “Apakah sama mereka yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu?. Sesungguhnya mereka yang mempunyai akal fikiran selalu mengingati perintah Allah.”.

2. FirmanNya lagi ” Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan golongan yang berilmu pengetahuan dan Allah amat mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

3. Sabda Nabi (saw)

ãä Óáß ØÑíÞÇ íØáÈ Ýíå ÚáãÇ Óáß Çááå Èå ØÑíÞÇ Åáì ÇáÌäÉ æÅä ÇáãáÇÆßÉ áÊÖÚ ÃÌäÍÊåÇ ÑÖÇ áØÇáÈ ÇáÚáã æÅäå áíÓÊÛÝÑ ááÚÇáã ãä Ýí ÇáÓãæÇÊ æÇáÃÑÖ ÍÊì ÇáÍíÊÇä Ýí ÇáãÇÁ æÝÖá ÇáÚÇáã Úáì ÇáÚÇÈÏ ßÝÖá ÇáÞãÑ Úáì ÓÇÆÑ ÇáßæÇßÈ Åä ÇáÚáãÇÁ åã æÑËÉ ÇáÃäÈíÇÁ áã íÑËæÇ ÏíäÇÑÇ æáÇ ÏÑåãÇ æÅäãÇ æÑËæÇ ÇáÚáã Ýãä ÃÎÐå ÃÎÐ ÈÍÙ æÇÝÑ

“Sesiapa yang melalui sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya untuk penuntut ilmu kerana berpuas hati dengan perbuatannya. Sesungguhnya segala makhluk yang ada di langit dan di bumi sehingga ikan-ikan di air turut meminta ampun baginya. Dan kelebihan orang alim berbanding dengan orang yang beribadat seperti kelebihan bulan berbanding dengan sekalian bintang. Para ulama’ itu adalah pewaris kepada para nabi dan sesungguhnya para nabi itu tidak meninggalkan emas dan perak malahan mereka meninggalkan ilmu pengetahuan. Sesiapa yang menerimanya maka ia mendapat bahagian yang cukup sempurna.”

4). Sabda Nabi (saw)

Åä ãËá ÇáÚáãÇÁ Ýí ÇáÃÑÖ ßãËá ÇáäÌæã Ýí ÇáÓãÇÁ íåÊÏì ÈåÇ Ýí ÙáãÇÊ ÇáÈÑ æÇáÈÍÑ ÝÅÐÇ ÇäØãÓÊ ÇáäÌæã ÃæÔß Ãä ÊÖá ÇáåÏÇÉ

“Perumpamaan para ulama’ di muka bumi ialah seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk kepada para musafir dan pelayar di waktu malam, apabila terlindungnya bintang tersebut mereka akan terpinga-pinga kehilangan petunjuk.”

Ternyata daripada pembentangan di atas bahawa ulama’ itu mempunyai kedudukan
yang tinggi di sisi Allah. Rasulullah (s.a.w) meletakkan mereka sebagai
pewaris para nabi. Dengan pengertian lain, ia bermaksud menjadi pengganti kepada para Nabi dalam menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya.

Umara’ Dalam Pandangan Islam

Islam melihat persoalan al-Imarah atau kepimpinan sebagai suatu perkara yang mustahak. Para sahabat Rasulullah amat memahami perkara ini sehinggakan mereka menangguhkan urusan pengkebumian jenazah Baginda semata-mata menyelesaikan urusan perlantikan pemimpin baru umat Islam. Perkara ini berakhir dengan pemilihan Abu Bakar sebagai khalifah pertama selepas kematian Baginda saw.

Kepimpinan menjadi suatu perkara yang mustahak kerana institusi ini bertanggungjawab mewarnakan sistem politik yang benar dan tepat menurut kehendak Islam. Agenda pembangunan ummah hanya dapat berjalan dengan lancar menurut Syariat Allah sekiranya institusi ini diurus dengan baik. Demikian pula sebaliknya, sekiranya kepimpinan itu berpindah tangan kepada manusia yang tidak bertanggungjawab, maka semangat ayat “ “ÈáÏÉ ØíÈÉ æÑÈ ÛÝæÑ tidak akan terlaksana.

Hampir keseluruhan ulama’ bersetuju menyatakan bahawa kepimpinan adalah merupakan satu perkara pokok dalam pengurusan agama. Sekalipun jarak masa antara para ulama’ ini berbeza, namun mereka hampir sekata dalam membuat pengamatan terhadap perkara ini. Misalnya al-Imam al-Mawardi yang meninggal dunia pada tahun 450H melihat kepimpinan sebagai satu tugas yang menggantikan tugas kenabian bagi menjaga agama dan menguruskan kehidupan dunia. Pendapat yang serupa boleh didapati dalam tulisan-tulisan orang lain seperti al-Haythami, al-Ramli, Ibn al-Azraq, Ibn Khaldun dan Rashid Rida.

Bahkan pendapat Ibn Khaldun hampir menguasai seluruh penulisan Muslim Scholar dalam masalah kepimpinan ini. Menurut Ibn Khaldun, kepimpinan ialah membawa seluruh manusia berada di atas landasan Syara’ bagi kepentingan akhirat dan urusan keduniaan yang akan menguntungkan akhirat.

Dari itu, bolehlah dikatakan bahawa tidak ada perbezaan pendapat kalangan ulama’ mengenai kepentingan kepimpinan ini dalam Islam. Baik dalam apa zaman sekalipun mereka hidup, mereka tetap berpendapat bahawa kepimpinan adalah satu perkara yang penting malah pada masa yang sama mereka memberi penekanan bahawa agama hendaklah menjadi landasan di dalam mengendalikan urusan pentadbiran negara.

Dalam mempraktiskan teori ini boleh dikatakan bahawa tanggungjawab kepimpinan dalam Islam adalah untuk menjaga dua perkara. Pertama; menjaga agama dan mendaulatkan Islam dan kedua adalah mengurus dan mentadbir negara mengikut landasan Islam.

Apabila kepimpinan tidak melaksanakan tanggungjawab memelihara agama, sebaliknya memelihara kehendak hawa nafsu mereka sendiri, maka berbagai gejala buruk akan menimpa umat Islam. Ini pernah berlaku dalam sejarah kepimpinan umat Islam samada yang ditunjukkan melalui kepimpinan Bani Umayyah mahupun kepimpinan Bani Abbasiah. Allah telah memberikan kata dua terhadap perkara ini di dalam firmanNya yang berbunyi

æãä ÃÚÑÖ Úä ÐßÑí ÝÅä áå ãÚíÔÉ ÖäßÇ
Perkara kedua yang disebutkan di atas ialah mengurus dan mentadbir negara mengikut landasan Islam. Ini bererti pemimpin negara tidak boleh mengadakan sebarang aktiviti atau menguatkuasakan peraturan dan undang-undang mengikut selera atau pandangan mereka semata-mata, sebaliknya mereka mestilah merujuk kepada ketetapan Islam dari segi halal dan haram. Ini kerana kepimpinan Islam mempunyai keyakinan bahawa pengurusan negara yang tidak mengambil kisah soal halal dan haram tidak akan membawa kepada kejayaan dan keberkatan. Sebaliknya mereka yakin bahawa limpahan nikmat Allah memayungi kemajuan yang mereka capai yang diasaskan kepada prinsip taqwa itu tadi. Firman Allah

æáæ Ãä Çåá ÇáÞÑí ÃãäæÇ æÇÊÞæÇ áÝÊÍäÇ Úáíåã ÈÑßÇÊ ãä ÇáÓãÇÁ æÇáÃÑÖ

Kerjasama ulama’ dan umara’

Perbincangan mengenai kerjasama antara dua institusi ini sepatutnya tidak timbul kerana menurut sejarah pada awal Islam seorang yang menjadi pemimpin adalah seorang yang bertaraf ulama’. Diskusi mengenai perkara seperti ini tidak terjadi kerana pemimpin masa itu mempunyai keupayan membuat rujukan secara persendirian tanpa melupakan pula prinsip syura.

Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Ibnu Affan dan Ali Ibn
Abi Talib terdiri dari para khulafa’ yang telah mengambil tempat baginda Rasulullah (saw) dalam urusan yang melibatkan kepimpinan dan keagamaan.

Justeru itu, para cerdik pandai Islam yang menulis buku di bidang siasah
dan pentadbiran negara menyatakan bahawa jawatan-jawatan penting di dalam
negara seperti khalifah, perdana menteri dan para hakim hendaklah disandang
oleh para ulama’ mujtahidin dari kalangan ulama’ Islam. Hal ini boleh didapati di dalam tulisan-tulisan seperti yang ditulis oleh oleh Imam al-Syafie, al-Mawardi, Abu Ya’la, Ibn Khaldun, Imam al-Juwaini, Imam al-Ghazali dan lain-lain.

Dari itu kepimpinan Islam adalah kepimpinan yang berasaskan agama. Imam Al-Ghazali dikatakan pernah berkata bahawa agama itu asas dan kerajaan itu pengawal. Maka sesuatu yang tidak mempunyai asas akan tumbang dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang.

Tetapi apabila kepimpinan beralih tangan kepada kalangan yang bukan bertaraf ulama’, persoalan ini mula timbul. Hal ini terjadi kerana beberapa rumusan yang dibuat oleh cendikiawan Islam yang mengatakan bahawa mengetahui syariat Islam sampai kepada peringkat ijtihad adalah salah satu daripada syarat-syarat kelayakan untuk menjadi ketua negara, perdana menteri dan hakim di dalam negara Islam telah tidak dapat dipraktiskan dengan baik disebabkan kemuflisan amir dari sudut keilmuan. Sedang Allah telah berfirman (bermaksud) ” Dan hendaklah kamu menjalankan hukum ( pemerintahan ) di kalangan mereka berdasarkan kepada apa yang diturunkan oleh Allah.”

Maka siapakah yang lebih arif tentang apa yang diturunkan oleh Allah kalau tidak
para ulama’?. Dalam kegersangan para amir dari sudut pengetahuan agama, maka perbincangan mengenai bagaimana para ulama’ harus berperanan sebagai pegimbang kepada pemerintahan mula menjadi penting. Mereka mulai berperanan sebagai penasihat kepada negara atau kerajaan.

Perbahasan mengenai kedudukan ulama’ dan keterlibatan mereka dalam pemerintahan menjadi makin kritis apabila negara-negara umat Islam disekularkan oleh penjajah. Mereka merancang pemisahan agama dari pemerintahan mengambil tradisi pemisahan gereja dari sistem pemerintahan negara. Mereka mendualismakan cara hidup umat Islam. Satu cara hidup perseorangan dan kekeluargaan dan satu lagi cara hidup bernegara. Mereka mengekalkan cara hidup kekeluargaan mengikut hukum-hukum Islam, manakala cara hidup bernegara mereka pisahkan daripada Islam.

Hal ini menjadikan sistem politik, pentadbiran, perundangan, pendidikan,
kemasyarakatan dan perekonomian negara umat Islam dipisahkan daripada sistem Islam. Kesan dari itu, kebanyakan negara umat Islam menganuti dua fahaman penasihat kepada pemerintah; penasihat agama yang dinamakan mufti dan satu lagi penasihat undang-undang.Namun demikian para mufti tidak diberi kuasa atau peranan yang sewajarnya di dalam sebuah negara. Sekalipun demokrasi menjadi amalan, namun mereka seolah-olah tidak dianggap orang yang begitu penting. Pandangan mereka tidak wajib ditaati oleh kerajaan berbeza dengan pandangan penasihat undang-undang atau peguam negara.

Ekoran daripada itu, institusi ulama’ tidak diberi penghargaan dan
penghormatan yang sewajarnya. Dalam keadaan begini, ulama’ mula berpecah
kepada beberapa golongan dan jalinan kerjasama antara mereka mulai rapuh. Paling tidak terdapat dua golongan ulama’; ulama’ yang baik dan ulama’ yang jahat.

Ulama’ yang baik, bertaqwa, ikhlas, amalan dan ibadat mereka semata-mata
kepada Allah. Mereka tidak mengasingkan diri daripada dunia, malah berikhtiar bertaqarrub kepada Allah melalui program nasihat menasihati seperti yang diajarkan oleh firman Allah ” Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru manusia kepada kebaikan dan menyuruh mereka melakukan amal ma’ruf dan mencegah mereka dari melakukan kemungkaran dan merekalah orang-orang yang berjaya.” Serta menghayati sabda Junjungan (saw) yang bermaksud :

“Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasa). Sekiranya kamu tidak mampu hendaklah diubah dengan lidah dan sekiranya kamu tidak mampu hendaklah kamu membencinya di dalam hati kamu, itulah selemah-lemah iman.”

Ulama’ jahat ialah mereka mencari makan dengan menggunakan agama dan memperniagakan syariat. Mereka menghampiri semua taghut, bersahabat dengan semua yang jahat dan zalim. Mereka terus menyokong golongan tersebut. Islam menjadi tercabar disebabkan kelakuan mereka. Mereka tidak merasa malu untuk mengatakan bahawa perjuangan untuk menegakkan Islam adalah perjuangan sesat, pecah belah masyarakat, keterlaluan, tidak sederhana dan sebagainya. Mereka mengkhianati amanah ummah dengan memberi fatwa yang boleh menjarakkan ummah daripada Islam.

Apabila ulama’ mula berpecah, maka rentetan perpecahan itu menjalar ke akar umbi masyarakat sebagaimana setiap kumpulan mempunyai penyokong dan pengikut yang tersendiri.

Penutup.

Ulama’ dan umara’ mewakili dua institusi penting yang menjadi tonggak kesejahteraan masyarakat. Sekiranya kedua-dua institusi ini dipandu oleh syariat, maka masyarakat akan berada dalam rukun dan damai. Sekiranya mereka menyimpang dari kebenaran, maka masyarakat tidak akan bertemu dengan jalan keberkatan.

Dalam keadaan negara-negara umat Islam terdedah kepada anasir sekular, disamping kelemahan instutusi ulama’ yang tidak mampu kedepan mengambil alih kepimpinan negara-negara tersebut, maka satu bentuk kerjasama yang boleh memurnikan keadaan seharusnya difikirkan secara global. Perkara ini perlu difikirkan secara serius jika penyatuan ummah mahu dilihat secara praktikal. Satu rangka kerja awal mungkin boleh difikirkan ialah dengan mengetengahkan kembali kepada masyarakat bahawa ulama’ tetap mampu untuk menjadi pemimpin perlu dicanang secara beragenda. Pada masa yang sama peruntukan-peruntukan yang melibatkan institusi ulama’ seperti mufti dan lainnya perlu diperluas dengan bidang kuasa perundangan yang tidak mudah dicabar.

Sekian, terima kasih. Wassalam.




KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
January 2008
S S M T W T F
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

  • 61,283 guests

Categories