Archive for January 29th, 2008

29
Jan
08

INTEGRITY PAKLAH Mengecewakan

Assalammualaikum..

Aku jarang bercerita soal politik didalam blog, kerana aku lebih minat untuk mengisi ruang blog-ku dengan perkara ilmiah. Ini tidak bermaksud politik itu tidak ilmiah, tetapi aku sudah jemu dengan politik jijik dari pihak pemerintah.

Menurut Imam Al-Ghazali perjuangan/dakwah didalam bidang politik adalah dakwah yang mulia. Malah ulama’ terkemuka diabad ini juga mengatakan perjuangan politik adalah penjuangan utama umat ini. Tidak harianlah perkara itu berlaku kerana nabi sendiri dalam banyak hadith memuliakan perjuangan menegur pihak pemerintah.

Kesal dan terus kesal. Perdana menteri seperti semakin hilang integrity diri or high moral. Hilangnya kepercayaan rakyat semakin hebat, kecuali anak-anak bangsa yang sengal tidak mengambil peduli soal kemasyarakatan dan negara. Dibawah sana aku telah membaca ucapan PAKLAH berkenaan kualiti pengurusan negara. Aku begitu terkejut pada mulanya dan cuba mempercayai. Kerana menurut pengetahuan aku melalui pembacaan, Malaysia berada diranking yang begitu teruk dari sudut index rasuah. Rasuah tinggi, tetapi pengurusan tiptop satu yang pelik!! Sangahan aku berfakta tidak melulu.

Maybe dari sudut ucapannya benar, tetapi motif nye menipu!!

—————————-UCAPAN PAKLAH——————————————

PUTRAJAYA 28 Jan. – Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini diletakkan sebagai yang keenam terbaik di dunia, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri yang memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.

‘‘Di atas kita ialah China, Kanada, Amerika Syarikat, India dan Taiwan.

‘‘Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup. Jadi, tak usah fikir pasal gagal… kita tiada pilihan melainkan berjaya, berjaya, berjaya,” katanya.

Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada 3,000 kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kelapan (Mappa VIII) 2008 di sini hari ini.

Majlis itu juga disertai 226 pemimpin korporat daripada sektor swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC). Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Dalam ucapan selama 80 minit, Perdana Menteri menyentuh pelbagai isu daripada persaingan ekonomi serantau, isu kecemerlangan dan kualiti, agenda membasmi kemiskinan dan kelancaran pembangunan koridor ekonomi.

Beliau turut memperkatakan pencapaian kerajaan pada tahun 2007 yang beliau sifatkan telah menunjukkan permulaan satu iltizam dan fokus baru bagi perkhidmatan awam.

Menurut Perdana Menteri, setelah beliau bercakap mengenai kedudukan Malaysia dalam laporan Doing Business Bank Dunia pada Mappa tahun lalu, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) telah ditubuhkan.

‘‘Kini sektor awam bersama rakan-rakan sektor swasta dalam Pemudah bertekad dan berusaha untuk menambah baik persekitaran perniagaan negara, lalu melonjakkan kedudukan Malaysia ke tangga ke-10 teratas dalam laporan tersebut pada tahun lalu,” ujarnya.

Beliau berkata, pelbagai kejayaan turut dicapai perkhidmatan awam pada tahun lalu, antaranya penambahbaikan pusat sehenti dan keupayaan kerajaan melaksanakan pelarasan gaji untuk menjadikan sektor awam lebih menarik dan kompetitif.

‘‘Pada tahun lalu, kebanyakan bil bayaran kerajaan kepada pembekal barangan dan perkhidmatan berjaya dibayar dalam tempoh 14 hari. Daripada jumlah ini, 70 peratus daripada bayaran tersebut dilunaskan dalam tempoh tujuh hari.

‘‘Pencapaian ini jelas menunjukkan tahap kemampuan sektor awam,” katanya.

Justeru, Abdullah berkeyakinan penuh pada tahun ini seluruh kakitangan awam bersedia membawa usaha penambahbaikan tersebut ke tahap yang lebih baik.

‘‘Jika tahun 2007 merupakan titik permulaan, 2008 harus menjadi fasa pemerkasaan.

‘‘Mengulangi standard yang sudah dicapai bukan kecemerlangan. Peningkatan dalam standard dan pencapaian, hingga setaraf dengan mereka yang terbaik atau terbilang dalam kelasnya, itulah kecemerlangan,” katanya.

Dalam hubungan ini, Perdana Menteri mengingatkan bahawa negara-negara lain di Asia seperti China, India dan Vietnam tidak ‘berpeluk tubuh’ atau berdiam diri dalam mengejar pembangunan dan penambahbaikan.

Menurut beliau, negara-negara yang sudah membangun pula semakin mantap mempertahankan tahap daya saing masing-masing.

‘‘Oleh itu kita tidak boleh mudah berpuas hati. Sepanjang masa kita harus menokok tambah usaha-usaha yang lepas.

‘‘Kita harus meneruskan usaha sehingga mencapai standard kelas pertama dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Abdullah mengingatkan kakitangan awam bahawa sistem penyampaian yang pantas dan cekap akan turut memberi manfaat sampingan termasuk berupaya menangani gejala rasuah.

‘‘Kalau kita lambat dalam membuat keputusan, misalnya, ia boleh mendorong kepada rasuah. Kerana konon nak cepat, mereka bayarlah. Walaupun gejala ini tidak banyak (terjadi) tetapi kita tidak mahu ia berlaku,” katanya.

Abdullah juga memuji sikap kakitangan awam sekarang yang semakin berani tampil membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila mereka ditawarkan rasuah.

‘‘Ini satu sikap yang baik dan mesti diamalkan oleh semua kakitangan awam,” katanya.

Perdana Menteri turut meminta rakyat agar tidak membandingkan Malaysia dengan Singapura yang berbeza dalam semua segi termasuk dalam soal ekonomi.

‘‘Mereka anggur, kita epal… macam mana hendak bandingkan? Tidak boleh,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Abdullah meminta kakitangan kerajaan agar jangan mempersia-siakan momentum perubahan penambahbaikan perkhidmatan awam khususnya dalam separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

‘‘Malah perhebatkanlah lagi usaha-usaha saudara-saudari supaya impaknya dapat dilihat dan dirasai.

‘‘Bagi tahun 2008, bertindaklah dengan tekun. Kertas-kertas mesyuarat harus mengutamakan tindakan, bukan ‘untuk perhatian’ sahaja.

‘‘Dan setelah berbincang atau bermesyuarat atau berbalas surat, bertindaklah dengan tekun. Biarlah keputusan dan tindakan mendahului kerja- kerja kita,” kata beliau.

———————————Fakta Sebenar—————————————-

KLIK DISINI

Sungguh mengecewakan apabila seorang perdana menteri berbicara ala-ala retorik. Perdana menteri bukan seorang pelakon , bukan seorang pelawak tetapi beliau adalah pemimpin yang mewakili imej bangsa!

———————————–Index Rasuah Negara—————————–

KLIK DISINI

Target kita untuk merendahkan index rasuah adalah janji pimpinan Malaysia suatu ketikda dahulu. Tetapi semuanya hanya menjadi kenangan. Sekarang ini, meminta diberi peluang untuk meng”SIFAR”kan kemiskinan. Bagi aku ia hanyalah satu khayalan, kalau masalah rasuah masih belum mampu diselesaikan. Negara maju, malah negara-negara seperti Ireland yang mengelarkan negara kebajikan juga tidak mampu melaksanakan perkara tersebut. Mana mungkin MALAYSIA.

Bukan aku tidak mempercayai kemampuan anak bangsa. Ya! Aku percaya akan kemampuan kita untuk melaksanakan perkara tersebut kerana ia telah terbukti pada zaman kegemilangan Islam seperti zaman UMAR ABD. AZIZ. Syaratnya sudah pasti yang telah ditetapkan berdasarkan sunnahtullah (ketetapan Allah) iaitu kembali kepada konsep Islam bukan kaedah kapitalis yang dilaksanakan seperti sekarang ini.

Biarpun aku menulis dan berfikir secara emosi, aku tidak merasakan ia menjadi kesalahan kerana ia sebahagian daripada thinking skill. Bangun anak bangsa-ku, jangan takut untuk berubah. Kezaliman akan terus memuncak kalau generasi kita adalah genarasi dayus dan tidak bermaruah. The cost of change is time. Change need sacrifie!!
Tidak ada perkara yang mudah dalam hidup, selain hidup terus ditarik hidung seperti binatang/lembu yang tak berakal!!

Sekian dulu , penulisan beremosi-ku. Doakan-ku terus diperjuangan yang HAQ. Tetapkanku mengikut sunnah perjuangan nabi Musa menentang FIRAUN, nabi Muhammad menentang ABU JAHAL & ABU LAHAB, Nabi Nuh menentang golongan Al-Mala’, Nabi Ibrahim menentang Namrud. Ameen Ya Allah.

29
Jan
08

Perlaksanaan Usrah Cemerlang

Assalammualaikum..

Dalam masa terdekat ini akan dilaksanakan kaedah “perlaksanaan usrah cemerlang” . Semoga risalah ini sebagai pendahuluan pada pertemuan kita akan datang.

Pembukaan

Pertarungan antara hak dan batil sentiasa berlaku dalam usaha memastikan risalah Islam itu dapat dimartabatkan dan tugas sebagai khalifah dalam mentadbir dunia dengan panduan Islam itu dapat dilaksanakan. Justeru, proses dakwah akan berterusan dalam apa jua keadaan, sama ada kuat atau lemah, sedikit atau ramai,susah atau senang demi matlamat yang diletakkan oleh Islam.

Ke arah mana dakwah ini? Sewajarnya perlu difahami bahawa pemusatan arah dakwah adalah untuk membawa manusia kepada Allah yang bermaksud berpegang dengan yakin pada risalah Islam.

Firman Allah :

(قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ)[1]

108. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain.”

Risalah ini dibawa oleh Nabi Muhammad yang merupakan daie pertama sebagaimana firman Allah :

(يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِداً وَمُبَشِّراً وَنَذِيراً وَدَاعِياً إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجاً مُنِيرا)ً[2]

45. Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang Yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar). 46. Dan juga sebagai Penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah Dengan taufiq Yang diberiNya; dan sebagai lampu Yang menerangi.

Catatan sejarah Islam merekodkan bahawa usrah yang pertama digerakkan ialah oleh Baginda Rasulullah pada awal gerakan Islam di Mekah bagi menerapkan kefahaman Islam kepada pengikut Baginda pada ketika itu yang jumlahnya masih sedikit.

Konsep usrah ini kemudiannya diberikan nafas baru oleh Hasan Al Banna Pengasas Gerakan Islam Ikhwan Muslimin di Mesir ketika umat Islam dalam cengkaman penjajah dan musuh Islam selepas kejatuhan Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniah pada tahun 1924. Suasana gawat ini dilakarkan oleh beliau dalam risalahnya bertajuk بين الأمس واليوم iaitu “Antara semalam dan hari ini”.

Pembentukan usrah dan keadaan suasana yang gawat pada ketika itu mempunyai kaitan yang cukup kuat. Oleh itu,kedua-dua risalah tersebut iaitu risalah “Pengurusan Usrah” dan “Antara semalam dan hari ini” perlu dibaca bagi menambahkan kefahaman dan mencetuskan keinsafan di dalam hati semua generasi harakah.

Sewajarnya risalah usrah beliau difahami dengan teliti dan wajib dibaca oleh semua generasi harakah yang ingin membawa usrah dengan baik. Risalah beliau menggariskan perkara seperti berikut :

  • Muqaddimah
  • Rukun Usrah
  • Penerangan kandungan usrah
  • Aktiviti Tambahan

Dengan memohon berkat taufiq daripada Allah, penulis akan merungkaikan beberapa perkara yang penting pada bahagian muqaddimah sebagai asas kefahaman bersama dan bahagian yang seterusnya boleh diamati oleh individu generasi harakah yang lain, semoga taufiq bersama mereka dengan niat yang ikhlas dalam memahami tuntutan mereka dalam bidang dakwah ini.

Muqaddimah

Teks muqaddimah risalah Pengurusan Usrah oleh Hasan al Banna :

يحرص الإسلام على تكوين الأسر من أهله يوجههم إلى المثل العليا ويقوى روابطهم ويرفع أخوتهم من مستوى الكلام والنظريات إلى مستوى الأفعال والعماليات فاحرص يا أخى أن تكون لبنة صالحة فى هذا البناء ( الإسلام)

Maksud : Islam mementingkan kepada pembentukan usrah membawa kepada contoh yang baik, memperkuatkan keterikatan sesama muslim dan meningkatkan ukhuwah daripada tingkatan teori kepada praktikal. Maka Jagalah dirimu ! Wahai saudaraku agar engkau terdiri daripada salah satu batu binaan yang baik daripada binaan yang didirikan iaitu binaan Islam.[3]

Pada muqaddimah beliau, kita akan mendapati 3 perkara utama iaitu :

  • Islam, Usrah dan Pembinaan Islam
  • Peranan Usrah
  • Pembinaan Islam

Islam, Usrah dan Pembinaan Islam

Islam amat mementingkan pembinaan insan muslim yang mampu mencapai contoh yang terbaik dalam segenap aspek dan menjaga ikatan sesama mereka seterusnya saling membantu bagi melahirkan muslim yang beramal dan bekerja untuk Islam. Amalan dalam Islam amat penting kerana itulah natijah hasil daripada keimanan yang kuat.

Ini dibuktikan daripada firman Allah :

(وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ)[4]

1. Demi Masa! 2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian – 3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

Kedudukan Iman dan Amal itu tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan akan membawa keugrian kepada manusia itu sendiri dan seterusnya membawa kepincangan pada proses dakwah dan kemenangan Islam. Ini kerana, dakwah ini dibawa oleh daie dan semestinya daie ini memerlukan persiapan yang kuat dan jitu. Mengapa perlu kepada pembinaan iman dan amal? Ini kerana dakwah kepada risalah Islam perlukan kekuatan untuk berkata BENAR dalam suasana cengkaman jahiliah dan sudah sunnah perjuangan Islam bahawa akan menempuh cabaran dan dugaan yang mampu dihadapi dengan SABAR yang berpaksikan pada kekuatan IMAN dan AMAL.

Justeru inilah konklusi daripada ayat di atas yang perlu ditanam dalam sanubari iaitu :

  • Pembinaan kekuatan IMAN dan AMAL
  • Membawa risalah Islam dengan BENAR
  • Meneruskan perjuangan Islam dengan SABAR

Peranan Usrah

Rangkaian Islam, usrah dan pembinaan Islam tadi memerlukan usrah dijadikan
medan yang perlu digemblengkan dengan sebaik mungkin bagi mengumpulkan individu-individu muslim diikat dengan kesatuan fikrah dan juga kesatuan amal. Ini kerana umat Islam setelah kejatuhan khilafah mementingkan perkara khilafiah (perbezaan pendapat) yang kecil daripada usul (perkara asas) dalam Islam itu sendiri sehingga boleh mencetuskan perbalahan dan perpecahan yang menyebabkan umat Islam terus lemah dan tunduk kepada musuh Islam. Oleh sebab itu rukun usrah dimulakan dengan asas TAARUF, TAFAHUM dan TAKAFUL. Sewajarnya setiap generasi harakah sama ada naqib atau ahli usrah perlu memahami sebaiknya ketiga rukun tersebut agar peranan usrah ini dapat direalisasikan. Peranan usrah yang utama ialah memastikan peningkatan kepada individu muslim daripada teori kepada praktikal amalan harian yang menjadi sumber kekuatan kepada individu muslim tersebut berhadapan dengan suasana kegawatan semasa.

Pembinaan Islam

Pada ayat yang terakhir dalam teks beliau ini, menyatakan “Jagalah dirimu!” dan ini menggambarkan betapa perkara ini amat perlu diberikan perhatian yang mendalam kerana ianya berkaitan dengan pembinaan Islam itu. Pembinaan Islam memerlukan setiap individu muslim untuk bekerja, menyumbangkan tenaga dan bersatu dalam kesatuan amal dan fikrah bagi memastikan binaan Islam itu terus kukuh. Dan setiap individu itu diibaratkan sebagai batu yang digunakan bagi menyusun binaan Islam tersebut. Batu itu itu bukan sekadar batu biasa bahkan mempunyai ciri “Soleh” iaitu kualiti yang baik. Gambaran ini perlu difahami bahawa seorang naqib itu akan membawa setiap ahlinya yang merupakan binaan kepada Islam dan penerusan kepada kekukuhan binaan Islam tersebut. Jadi tidak hairan dalam satu hadis sohih menceritakan bahawa terdapat seorang budak yang menjadi rebutan kepada seorang ahli sihir yang sudah tua dan juga seorang rahib islam yang sudah tua. Budak tersebut menjadi batu binaan sama ada kepada penerusan cengkaman si sihir tua tersebut yang menyelewengkan akidah manusia atau kepada penerusan usaha si rahib tua dalam mempertahankan risalah Islam agar terus dapat disebarkan. Fahamilah wahai generasi harakah !!!

Penutup

Pembinaan generasi yang akan datang daripada generasi hari ini amatlah penting. Setiap lapisan umur perlu diberikan pendidikan yang selaras dengan akal dan kemampuan mereka agar mereka mampu menggalas bebanan dakwah bila sampai masanya. Menyedari akan kepentingan ini maka Mustafa Mashyur, bekas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin yang ke
lima ketika di penghujung hayatnya sempat berpesan agar penumpuan tarbiah kepada generasi muda diambil berat. Katanya, pada generasi inilah terletak kemenangan Islam.

Harapan penulis agar pengamatan ini dapat memberikan faedah kepada para daie dan juga generasi harakah yang ada pada hari ini. Pengubahsuaian dan penambahan berdasarkan kepada keperluan semasa dan suasana amat perlu namun penekanan kepada intipati pembentukan usrah itu perlu diutamakan.




KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
January 2008
S S M T W T F
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

  • 61,283 guests

Categories