Benarlah kata Tuan Guru Fathi Yakan; bermula dengan individu Muslim, kearah pembentukan keluarga Muslim, mengembeling tenaga kearah sebuah masyarat sehingga tertubuhnya sebuah negara Muslim. Semuanya bermula dengan diri kita, bukan diri orang lain.
Menurut Stephen Covey dalam bukunya; bertindak dengan circle of influence tanpa mengabaikan circle of concern. Besarkan circle of influence kita, dengan menguasai pelbagai ilmu, idea, kepiminan dan lain-lain.
A Middl-Eastern mystic said;
I was a revolutionary when I was young and all my prayer to God was: ” Lord, give me the energy to change the world.” As I approached middle age, and reliazed that my life was half gone without my changing a single soul, I changed my prayer to: ” Lord, give me the grace to change all those who come into contact sith me, just my family and friends, and I shall be satisfied.” Now that I am and old mand and my days are numbered, I have begun to see how foolish I have been. My one prayer now is: ” Lord, give me the grace to change myself.” If I had prayed for this right from the start, I would not have wasted my life.
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al-Anfaal, Ayat 53)
Semoga sahabat-sahabat, mari kita mulakan perubahan dengan diri kita. Kemudian kita membina empayar pengaruh sedikit demi sedikit mengikut proses. Nabi S.A.W telah menunjuk suri tauladan yang baik, bermula dengan kepimpinan diri sehingga lah kepimpinan sebuah negara Islam yang menjadi kebanggaan umat Islam hari ini. Semuanya perlu kepada mengikut sunnatullah jika umat Islam mahu menang, dan sunnatullah itu telah tercatat dalam banyak buku sejarah dengan menceritakan kehebat umat terdahulu mencapai kejayaan supaya menjadi pengajaran kepada kita semua.
0 Responses to “Bermula Dengan Diri”